Berita Jenayah
Polis sahkan kes pelajar Tingkatan 1 dicekik di sekolah sekitar Cheras
KUALA LUMPUR 19 Jun – Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung satu kes gangguan fizikal yang melibatkan seorang pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah di Cheras, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud memaklumkan bahawa insiden yang berlaku di hadapan koperasi sekolah itu berpunca daripada perselisihan faham mengenai tempat duduk kantin antara mangsa dan suspek yang juga merupakan pelajar lelaki Melayu Tingkatan 1.
Dalam kejadian tersebut, suspek bertindak mencekik leher mangsa dari arah belakang selain turut melakukan provokasi secara lisan terhadap mangsa.
Ekoran kejadian itu, mangsa telah dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, Kuala Lumpur pada 16 April 2026 yang lalu untuk menerima rawatan lanjut.
Satu mesyuarat jawatankuasa tiga pihak yang melibatkan pihak Polis, pihak sekolah, dan penjaga kemudiannya telah diadakan pada 20 April 2026 bagi membincangkan insiden berkenaan.
Hasil daripada keputusan mesyuarat tersebut, pihak sekolah telah mengenakan hukuman amaran serta tindakan gantung sekolah ke atas suspek terbabit.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
