Berita Jenayah
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
SHAH ALAM 15 Jun – Pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu insiden pergaduhan fizikal yang membabitkan dua orang pelajar sekolah di kawasan padang bola sebuah masjid di Seksyen 19, di sini, pada 12 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Sarudin Samah memaklumkan bahawa pihak IPD Shah Alam menerima laporan rasmi berhubung kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.00 tengah hari itu daripada bapa kepada salah seorang pelajar terlibat.
Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua pelajar lelaki yang masing-masing berusia 13 dan 14 tahun itu sebenarnya saling mengenali serta menuntut di sekolah yang sama.
“Kejadian pergelutan ini berlaku antara dua orang pelajar sahaja dan dipercayai beberapa pelajar yang lain turut menyaksikan pergaduhan tersebut. Mangsa yang berusia 13 tahun itu kemudiannya telah mendapat rawatan di Hospital Shah Alam dan disahkan mengalami ‘soft tissue injury’,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi.
Sarudin menegaskan bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh, termasuk mendapatkan perintah menjalankan siasatan (OTI) daripada pihak pendakwa raya serta memanggil semua saksi yang berada di lokasi kejadian untuk membantu siasatan.
Kes berkenaan kini diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut atau menyaksikan insiden tersebut untuk tampil menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Amirul Zulkifli di talian 012-5583436 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
