Berita Jenayah
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
SHAH ALAM 11 Jun – Akibat tidak berpuas hati selepas dibunyikan hon, seorang penunggang motosikal bertindak luar kawalan dengan menetak seorang lelaki tempatan di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan, berhampiran Seksyen 13 di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu daripada orang awam pada jam 8.19 pagi.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 pagi ketika mangsa yang berusia 45 tahun sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kuala Lumpur.
"Semasa melalui jalan tersebut, mangsa yang menunggang motosikal telah menekan hon kepada suspek kerana menghalang laluan mangsa.
"Suspek, seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun yang juga menunggang motosikal, tidak berpuashati dengan tindakan mangsa. Akibat daripada itu, suspek telah berhenti di tepi jalan dan kemudiannya menetak mangsa dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mangsa yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan lanjut, manakala suspek berjaya ditangkap oleh pihak polis di lokasi kejadian untuk tindakan seterusnya.
Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau sebatan.
Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Amirul Zulkifli di talian 012-5583436 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
