Berita Berita
Kanak-kanak parah dipukul tukul, suspek ada sejarah dadah ditemui mati tergantung
BACHOK 26 Sept. – Polis mengesahkan suspek yang dipercayai mencederakan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun menggunakan tukul hingga parah, mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah serta mengalami halusinasi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, pihaknya turut menahan isteri suspek berusia 36 tahun bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, suspek utama berusia 46 tahun yang juga bapa saudara mangsa melarikan diri menaiki motosikal sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok rhu di Pantai Melawi kira-kira jam 8.30 malam semalam.
Siasatan mendapati suspek mengalami halusinasi dan pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Mayat suspek telah dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) untuk proses bedah siasat, manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Dalam kejadian jam 5.15 petang semalam di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, mangsa, Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7, dilaporkan kritikal selepas dipercayai dipukul menggunakan tukul oleh suspek. – Media Telus
Berita berkaitan
April 19, 2026, 1:23 pm
Tegur merokok punca pergaduhan di restoran nasi kandar Bandar Rimbayu
April 19, 2026, 1:19 pm
RM150,000 disalur perkasa kemudahan sukan di SK Stass, gilap bakat pelajar luar bandar
April 19, 2026, 1:14 pm
Tujuh lelaki mengaku tidak bersalah berlagak wanita di Kota Bharu
April 19, 2026, 12:06 pm
Dua pegawai bomba selamatkan wanita terperangkap dalam kebakaran gerai
April 19, 2026, 11:53 am
Anthony Loke arah siasatan tergempar isu BHS, MAHB bakal berdepan tindakan
April 19, 2026, 11:46 am
Amirudin sedia pertahankan Parlimen Gombak, tekad selesaikan isu tertangguh
April 19, 2026, 11:42 am
PGIRM gesa pengeluaran KWSP bersasar susulan lebih 24,000 hilang pekerjaan
April 19, 2026, 11:38 am
Ustaz Kazim dibenarkan keluar hospital, sedang berehat di rumah
April 19, 2026, 11:31 am
