Berita Sukan
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
JOHOR BAHRU 26 Okt. – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan bahawa kritikan terhadap dirinya dalam arena bola sepak bukan perkara baharu dan tidak pernah melemahkan semangat baginda untuk terus memperjuangkan kemajuan sukan itu di Malaysia.
Menurut baginda yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), pelbagai cabaran dan tohmahan telah dihadapi sepanjang lebih sedekad penglibatan baginda dalam dunia bola sepak tempatan, namun ia tidak pernah menjejaskan fokus serta minat mendalam terhadap sukan berkenaan.
“Saya dah dipersalahkan dalam bola sepak 13 tahun dah. This is nothing new for me. Dah 13 tahun macam-macam saya lalui, tapi tak pernah sekali pun ia menjatuhkan semangat saya. Ia datang daripada rasa cinta saya terhadap sukan itu sendiri,” titah baginda pada sidang akhbar di Johor Bahru.
Baginda menegaskan bahawa kritikan tidak pernah menjadi halangan, sebaliknya lebih memberi perhatian kepada pihak yang benar-benar memberikan sumbangan kepada pembangunan bola sepak negara.
“Semua orang boleh kritik, tak ada masalah. Tapi seperti saya kata tadi, saya tidak berminat melayan orang yang mengkritik. Saya lebih berminat melihat siapa yang memberi sumbangan kepada bola sepak tanah air. Cakap memang senang, tapi apa yang mereka dah buat untuk bola sepak negara?” titah baginda.
Tunku Ismail turut menegaskan bahawa fokus utama baginda kini adalah mencari penyelesaian dan menambah baik mutu bola sepak tempatan dengan pendekatan yang membina dan berkesan.
Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Antara pemain terbabit ialah Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.
FAM turut dikenakan denda kira-kira RM1.8 juta, manakala setiap pemain didenda RM10,560 serta digantung 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
