Berita Sukan
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
KUALA LUMPUR 26 JULAI - Malaysia akan menjadi tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi satu kerjasama khas melibatkan Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Kerajaan Bahrain dan Kerajaan Malaysia.
Formula 1 dan FIA dalam kenyataan bersama pada Ahad memaklumkan perlumbaan itu akan diadakan di Sepang pada 2 hingga 4 Oktober.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali berkata, keputusan itu membuktikan keupayaan sukan berkenaan menyesuaikan diri serta mencari penyelesaian bagi memastikan kalendar perlumbaan dapat diteruskan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa, Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim, kerajaan kedua-dua negara serta Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem atas kerjasama yang membolehkan penganjuran perlumbaan itu direalisasikan.
"Ini adalah berita yang amat baik kepada peminat Formula 1. Mereka bukan sahaja dapat menikmati kalendar perlumbaan yang lengkap, malah menyaksikan Formula 1 kembali ke sebuah litar yang mempunyai sejarah tersendiri. Malaysia merupakan sebuah negara yang luar biasa dan Sepang mempunyai tempat yang istimewa dalam sejarah Formula 1," katanya.
Sementara itu, Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem berkata kembalinya Formula 1 ke Sepang mencerminkan hubungan kukuh FIA dengan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia, komitmen berterusan Kerajaan Malaysia serta kekuatan kerjasama antarabangsa dalam sukan permotoran.
Sementara itu, Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Hamad Al Khalifa berkata penganjuran Grand Prix Bahrain di Malaysia mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara serta komitmen Bahrain terhadap sukan Formula 1.
Beliau berkata perlumbaan itu akan memberikan pengalaman istimewa kepada peminat di seluruh dunia dan menghargai sokongan Formula 1, FIA, Litar Antarabangsa Bahrain, Litar Antarabangsa Sepang serta semua pasukan yang terbabit.
Berita berkaitan
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
'Kerana bertubuh kecil' , pemain bola sepak dibuli dalam hotel
July 22, 2026, 2:56 pm
Wan Kuzain tunggu hampir sedekad untuk sarung jersi Harimau Malaya
July 21, 2026, 9:58 am
Bob T20 bayar RM100 ribu, untuk 'KO' Jojo
July 20, 2026, 7:28 am
Mbappe pemain pertama rangkul Kasut Emas Piala Dunia 2 kali berturut-turut
July 20, 2026, 7:27 am
