Berita Sukan
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
KUALA LUMPUR 25 JULAI - Jaguh muay thai negara Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand, Sam-A Gaiyanghadao, bagi merebut Kejuaraan Dunia Interim Muay Thai Strawweight pada acara ONE: The Inner Circle 23, malam ini.
Aksi yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, itu menyaksikan Aliff yang lebih dikenali sebagai Aliff Sor Dechapan menumpaskan lawannya menerusi knockout pada pusingan kelima.
Satu pukulan padu disusuli serangan susulan menyebabkan legenda Thailand berusia 42 tahun itu tumbang buat kali terakhir, memaksa pengadil menghentikan pertarungan dan memberikan kemenangan knockout kepada wakil negara.
Menerusi persembahan cemerlang itu, Aliff turut membawa pulang bonus prestasi berjumlah AS$50,000 (RM204,570).
Kemenangan itu bukan sahaja menyaksikan Aliff menghadiahkan Malaysia kejuaraan dunia pertama dalam sejarah ONE Championship, malah mengesahkan statusnya sebagai antara bintang baharu paling menyerlah dalam sukan Muay Thai dunia.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah kepada petarung muay thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib atau Aliff Rakib, atas kejayaan melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama muncul juara dunia ONE Championship.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu bukan sekadar mengharumkan nama negara, malah membuktikan bahawa anak muda Malaysia memiliki keupayaan, keberanian dan iltizam untuk bersaing serta mencipta kejayaan di pentas dunia.
“Semoga pencapaian bersejarah ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus mengejar cita-cita dengan tekad, disiplin dan semangat juang yang tinggi.
“Yakinlah, tiada yang mustahil apabila usaha disertai kesungguhan dan tawakal.
“Syabas, Aliff. Malaysia berbangga dengan kejayaan ini,” ujarnya di laman sosial Facebook.
Berita berkaitan
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
'Kerana bertubuh kecil' , pemain bola sepak dibuli dalam hotel
July 22, 2026, 2:56 pm
Wan Kuzain tunggu hampir sedekad untuk sarung jersi Harimau Malaya
July 21, 2026, 9:58 am
Bob T20 bayar RM100 ribu, untuk 'KO' Jojo
July 20, 2026, 7:28 am
Mbappe pemain pertama rangkul Kasut Emas Piala Dunia 2 kali berturut-turut
July 20, 2026, 7:27 am
