Berita Sukan
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
KUALA LUMPUR 24 JULAI — Jaguh seni bela diri campuran (MMA) serta peninju ONE Championship negara, Johan Ghazali atau lebih mesra dipanggil Jojo, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tegas menolak tawaran wang tunai berjumlah RM100,000 semata-mata untuk menjayakan kandungan gimik pemasaran yang disifatkan sebagai drama sampah.
Isu ini mula tercetus susulan tindakan seorang pempengaruh dikenali sebagai Bob T20 bertindak menaja peninju Muay Thai dari Lubnan, Ramadan Ondash, demi menumbangkan Jojo di gelanggang.
Drama di sebalik tabir itu akhirnya terbongkar apabila seorang individu dikenali sebagai Adrielleiman tampil mengaku bahawa dialah dalang utama yang merancang strategi pemasaran untuk melagakan pergaduhan antara Bob T20 dan Jojo.
Individu itu menghantar mesej peribadi kepada Jojo untuk menerangkan pelan sebenar bagi menyemarakkan 'marketing' perniagaannya.
Menerusi rancangan berkenaan, Jojo diminta membuat drama rekaan pergaduhan dengan Bob T20 dalam satu sesi podcast.
Malah, rancangan tersebut turut melibatkan rancangan membayar jaguh Muay Thai Thailand, Rodtang Jitmuangnon, untuk berpura-pura melatih Bob T20 demi meraih perhatian warga netizen.
Bagaimanapun, Jojo kekal dengan prinsipnya dan membidas tindakan tersebut serta menolak tawaran bernilai ratusan ribu ringgit itu mentah-mentah.
Jojo menyelar tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa kebanyakan video tidak berfaedah tular di media sosial sebenarnya berpunca daripada pihak tertentu yang sanggup membayar wang yang banyak demi mencipta drama palsu.
Tindakan berani Jojo mendedahkan taktik pemasaran murah itu mendapat pujian meluas daripada pelbagai lapisan masyarakat dan pengguna media sosial.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
