Berita Sukan
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
KUALA LUMPUR 29 JULAI - Selangor melakar kemenangan pertama dalam aksi pra-musim di Thailand selepas membelasah Ratchaburi pada Selasa.
Kemenangan 4-0 dicatatkan oleh Merah Kuning pada aksi sulung di laman lawan dalam kempen pra-musim seakan memberikan gambaran keampuhan skuad tersebut bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Penyerang berbisa The Red Giants, Chrigor Moraes menunjukkan ketajaman beliau sekali lagi menerusi gol pada minit ke-39 sebelum pemain tengah baharu, Peter Makrillos mengakhiri babak pertama dengan kelebihan 2-0.
Kembali dari bilik persalinan, Aliff Izwan mencetak gol ke-3 Selangor pada minit ke-67, disusuli jaringan cantik pertahanan, Richmond Ankrah melengkapkan kemenangan besar di penghujung masa babak kedua.
Aksi sulung pra-musim Selangor di Thailand berakhir dengan kemenangan besar 4-0 dan menanti Merah Kuning di perlawanan kedua nanti adalah Tai Po yang menamatkan kempen Liga Premier Hong Kong Kumpulan A di tangga ke-2 musim lalu.
Untuk makluman, The Red Giants bakal bertemu 4 lagi pasukan iaitu Tai Po, Sukhothai, PT Prachuap & Lion City Sailors dalam siri pra-musim di Thailand sebelum membuka tirai Liga Super Malaysia 2026/27 menentang Kelantan RW pada 22 Ogos di Kota Bharu.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 9:27 am
Tak berhenti walau dah tercicir, atlet wanita buang air besar dalam seluar masa Hyrox
September 9, 2026, 12:27 pm
Basikal atlet 'ironman' Malaysia hilang, kali terakhir nampak di KLIA
September 9, 2026, 10:20 am
Piala FA: JDT ledak 10 gol tendang UM-Damansara keluar saingan
September 9, 2026, 10:14 am
Piala FA: Bumi Perlis saksi Star City mara ke suku akhir
September 9, 2026, 10:11 am
Piala FA: Gol jarak jauh bantu Kelantan City singkir Negeri Sembilan di Paroi
September 9, 2026, 9:57 am
Piala FA: Kuching City belasah KRW, mara ke suku akhir
September 7, 2026, 11:25 am
Selangor bangkit kutip 3 mata ke atas Melaka sebelum wisel penamat ditiupkan
September 7, 2026, 9:49 am
Tunku Mahkota Ismail dinobat Pemain Terbaik JSCPT 2026
September 6, 2026, 9:42 am
Kuching City leburkan rekod tanpa kalah Sabah
September 6, 2026, 9:36 am
