Berita Sukan
'Kerana bertubuh kecil' , pemain bola sepak dibuli dalam hotel
KUALA LUMPUR 23 JULAI - Satu dunia bola sepak remaja Britain digemparkan dengan insiden buli melibatkan pemain akademi Chelsea, Heze Grimwade, ketika dia menyertai kem latihan skuad England Bawah-16 Tahun.
Kejadian yang berlaku pada November 2025 itu tular di media sosial X selepas satu rakaman video menunjukkan pergaduhan pemain muda terbabit tersebar luas.
Menurut kapsyen hantaran, kes fizikal Grimwade yang bersaiz lebih kecil berbanding rakan sepasukan lain dipercayai menjadi punca dia disasarkan dan dilihat mudah untuk dibuli.
Dalam rakaman yang mencetuskan kemarahan ramai itu, Grimwade dilihat dipukul secara fizikal oleh seorang lagi pemain muda, Jacob Dean-Ford, yang beraksi untuk akademi Wolverhampton Wanderers (Wolves).
Lebih mengecewakan, pemain-pemain lain yang berada di tempat kejadian hanya berdiri menonton sambil merakam aksi berkenaan tanpa sebarang usaha untuk meleraikan pergaduhan tersebut.
Insiden itu menimbulkan kemarahan orang ramai, khususnya penyokong Chelsea yang menyifatkan Grimwade antara bakat paling bersinar di akademi sejak menyertai kelab itu seawal usia lapan tahun.
Malah, beberapa bekas pemain yang pernah menentangnya di peringkat umur turut menyuarakan simpati dan menyelar tindakan rakan-rakan sepasukan yang disifatkan sebagai amat memalukan.
Sehingga kini, isu berkenaan menuntut penjelasan dan tindakan tegas daripada pihak Persatuan Bola Sepak England (FA) serta kelab yang terlibat bagi memastikan persekitaran yang selamat buat pembangunan bakat-bakat muda negara itu.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:50 am
Kecederaan Bergson resahkan kem Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa
October 17, 2026, 10:49 am
Dendam Jojo terbalas, berjaya tundukkan Diego Paez
October 9, 2026, 1:03 am
Pernah ledak 7 gol lawan Arab Saudi, kini Lim You kembali pamer jaringan padu kaki kiri
October 8, 2026, 5:20 pm
Pemain amatur Jepun kena tumbuk dengan 'goalkeeper' lepas jaring gol penalti di Malaysia
October 6, 2026, 1:19 pm
Harimau Malaya dijangka melonjak ke kedudukan ke-133 dunia dalam ranking FIFA
October 6, 2026, 1:02 pm
Pemandu F1 Valtteri Bottas kayuh basikal lebih 350km dari Sepang ke Singapura
October 2, 2026, 11:34 am
Masa tambahan 2 minit jadi 7 minit, FAM mohon penjelasan FIFA
October 2, 2026, 11:23 am
Pemain Harimau Malaya persoal kontroversi masa tambahan Indonesia
October 1, 2026, 12:33 pm
Arif Aiman terus curi perhatian, Cheng Hoe puji bakat dan kualiti teknikal luar biasa
September 29, 2026, 10:10 am
