Berita Sukan
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
ISKANDAR PUTERI 27 Okt – Kesungguhan serta mentaliti juara dalam diri setiap pemain menjadi kunci kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menumpaskan wakil Brunei, DPMM FC 10-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam kelmarin.
Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz, berkata beliau berpuas hati dengan persembahan pemain yang menunjukkan semangat tinggi dan mengekalkan intensiti permainan hingga ke wisel penamat, walaupun baru sahaja mengharungi perlawanan sengit dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Chengdu Rongcheng.
“Kemenangan ini meningkatkan lagi motivasi pasukan untuk terus memperoleh keputusan positif. Kami tidak boleh berpeluk tubuh, sebaliknya perlu kekal konsisten dalam setiap perlawanan.
“Selain itu, kami perlu terus bekerja keras setiap hari kerana selepas ini akan berdepan cabaran lain, termasuk saingan Piala FA. Ia satu pertandingan penting dan kami perlu membuat persiapan yang lebih rapi,” katanya selepas perlawanan.
Kemenangan besar itu membolehkan JDT terus mengungguli carta Liga Super dengan 24 mata penuh hasil lapan kemenangan berturut-turut setakat ini.
Mengulas mengenai perubahan dalam posisi serangan, Munoz menegaskan ia adalah perancangan taktikal, bukan sekadar percubaan atau eksperimen.
“Musim ini, JDT dijangka mengharungi sekurang-kurangnya 65 perlawanan di peringkat domestik dan Asia. Jadi kami perlu memastikan persefahaman di bahagian serangan sentiasa mantap, tidak kira siapa yang diturunkan sama ada Bergson, Romel (Morales) atau Jairo.
“Agak sukar untuk mana-mana pemain bermain kesemua perlawanan. Penggiliran penting bagi memastikan jentera serangan kekal segar dan berada pada tahap optimum,” jelasnya.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
