Berita Sukan
Rayuan FAM, 7 pemain warisan ditolak, hukuman FIFA kekal
KUALA LUMPUR 4 Nov - Harapan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya untuk meringankan hukuman yang dijatuhkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak kesampaian apabila Jawatankuasa Rayuan badan induk itu menolak rayuan mereka sepenuhnya.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan FIFA, pihaknya memaklumkan keputusan itu dibuat selepas meneliti semua dokumen rayuan dan mendengar penghujahan daripada FAM serta tujuh pemain terbabit berhubung kes pemalsuan dokumen.
“Selepas meneliti semua dokumen rayuan dan menjalankan sesi pendengaran, Jawatankuasa Rayuan memutuskan untuk menolak rayuan itu dan mengesahkan sepenuhnya hukuman yang sudah dikenakan ke atas FAM dan tujuh pemain.
FAM dan pemain sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu pada hari ini. Mereka mempunyai masa 10 hari untuk memohon keputusan bertulis.
Selepas notifikasi itu, tempoh 21 hari diperuntukkan untuk mengemukakan rayuan selanjutnya kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS),” menurut kenyataan berkenaan.
Dengan keputusan itu, FAM kekal dikenakan denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) seperti diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum ini.
Manakala tujuh pemain terlibat — Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garcas, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano — digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan selain perlu membayar denda CHF 2,000 (RM10,411)setiap seorang kepada FIFA.
Terdahulu, FAM mengemukakan rayuan kepada FIFA pada 14 Oktober lalu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang mengenakan hukuman berat susulan kes pemalsuan dokumen pemain warisan.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
