Berita Sukan
Pemangku Sultan Johor dakwa FIFA bermotif politik tolak rayuan FAM dan pemain warisan
JOHOR BAHRU 4 Nov - Pemangku Sultan Johor mendakwa keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya tidak berasaskan undang-undang serta berbaur motif politik.
Menurut Tunku Mahkota Ismail (TMI), FIFA telah mengenakan hukuman tanpa merujuk peruntukan sebenar undang-undang, sekali gus menafikan hak para pemain.
Baginda menegaskan Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA dengan jelas menyatakan bahawa tindakan hanya boleh dikenakan kepada individu yang memalsukan atau menggunakan dokumen palsu.
“Perkara itu langsung tidak terpakai kepada para pemain. Dengan kata lain, hukuman yang dikenakan ini tidak berasaskan undang-undang dan kelihatan lebih bermotif politik daripada sebab sebenar.
“Ada yang memilih untuk menuding jari, ada yang memilih untuk membuat bising, tetapi saya memilih untuk berdiri dan menyokong perjuangan berhabis-habisan demi para pemain, yang kini akan diteruskan ke CAS,” titahnya melalui hantaran di Facebook HRH Crown Prince of Johor hari ini.
Semalam, Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi memaklumkan bahawa FIFA menolak rayuan FAM berhubung dakwaan pemalsuan dokumen kelayakan tujuh pemain warisan.
Beliau berkata, FAM akan menulis kepada FIFA bagi mendapatkan alasan penuh keputusan tersebut sebelum mengambil langkah seterusnya, termasuk membawa kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Pada 26 September lalu, FAM serta tujuh pemain kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didakwa melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
FIFA mendakwa FAM menyerahkan dokumen dipalsukan semasa proses pengesahan kelayakan pemain bagi perlawanan rasmi.
Tujuh pemain terbabit ialah:
Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
Selain itu, FIFA turut mengenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) terhadap FAM serta menggantung tujuh pemain terbabit selama 12 bulan.
Kesemua mereka beraksi ketika perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu, yang kemudiannya mencetuskan aduan rasmi kepada FIFA berhubung status kelayakan pemain.
Menurut Mohd Yusoff, keputusan itu amat mengejutkan pihak peguam dan pengurusan FAM memandangkan ini kali pertama situasi sedemikian berlaku.
Beliau menegaskan FAM akan terus memperjuangkan hak pemain serta kepentingan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.
Berita berkaitan
November 7, 2025, 6:12 pm
Remaja bawah 15 tahun dilarang sertai sukan tempur - Hannah Yeoh
November 7, 2025, 9:59 am
Munoz anggap kemenangan JDT ke atas Shanghai Shenhua sebagai ‘kemenangan besar’
November 4, 2025, 6:57 am
Rayuan FAM, 7 pemain warisan ditolak, hukuman FIFA kekal
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
