Berita Sukan
Zii Jia sekali lagi tarik diri, cetus persoalan tahap kecederaan
KUALA LUMPUR 11 Nov. - Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tidak akan mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia yang dimenanginya tahun lalu, selepas sah menarik diri daripada kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 500 itu yang dijadual berlangsung dari 18 hingga 23 November ini.
Tahun lalu, Zii Jia muncul juara selepas menewaskan pemain Jepun, Kodai Naraoka di pentas final. Pemain ranking ke-63 dunia itu sebelum ini turut menarik diri daripada Masters Kumamoto di Jepun yang membuka tirai hari ini.
Penarikan diri terbaharu ini sekali gus menguatkan lagi persoalan mengenai tahap kecederaan belakang dialami pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu, yang sebelum ini memaksanya mengetepikan tiga siri kejohanan Eropah — Terbuka Denmark, Terbuka Perancis dan Terbuka Artik di Finland.
Masalah kecederaan Zii Jia bermula sejak Jelajah Dunia Akhir pada Disember tahun lalu apabila mengalami kecederaan buku lali.
Beliau sempat kembali beraksi pada Mac lalu di Masters Orleans dan Seluruh England, namun kemudiannya memilih berehat panjang bagi memulihkan kecederaan sepenuhnya.
Zii Jia membuat kemunculan semula pada Kejohanan Dunia di Paris Ogos lalu tetapi tersingkir seawal pusingan pertama. Situasi sama berulang di Masters Hong Kong sebelum dia menarik diri ketika berdepan pemain Taiwan, Lin Chun Yi dalam aksi pembukaan Masters China.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Zii Jia mengenai tahap kecederaan yang membelenggunya.
Sementara itu, pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei turut menarik diri daripada Terbuka Australia.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
