Berita Sukan
Munoz puas dengan kemenangan tipis, akui JDT perlu tingkatkan prestasi menjelang aksi timbal balik
KUALA LUMPUR 11 Nov - Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Kuching City FC pada separuh akhir pertama Piala FA sebagai bekalan yang memadai menjelang aksi timbal balik.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Sarawak kelmarin, Munoz menegaskan beliau gembira dengan keputusan itu sambil mengakui Kuching City memberikan tentangan berkualiti.
“Pasukan kami agak keletihan selepas melalui banyak perlawanan dalam tempoh sebulan. Ada ketika mereka (Kuching City) bermain dengan intensiti lebih tinggi dan kami berdepan kesukaran.
“Kami tahu setiap kali bermain di sini, ia memang perlawanan yang sukar. Perkara paling penting ialah kami kini mempunyai kelebihan satu gol,” katanya.
Bergson da Silva meneruskan prestasi cemerlangnya apabila meledak dua gol untuk Harimau Selatan, sementara Kuching City memperoleh satu jaringan menerusi Petrus Shitembi.
Munoz turut menegaskan JDT perlu menggandakan usaha untuk tampil lebih baik dalam aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim pada 30 November ini.
“Bergson adalah pemain terbaik pasukan musim lalu dan kali ini dia sekali lagi menjaringkan gol penting. Sekarang kami perlu teruskan apa yang kami usahakan,” ujarnya.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
