Berita Sukan
FIFA dakwa penggantungan Setiausaha Agung FAM sekadar ‘wayang’
KUALA LUMPUR 18 Nov – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menegur tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang didakwa tidak serius melaksanakan penggantungan terhadap Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman.
Dalam alasan bertulis setebal 63 muka surat yang dikeluarkan Jawatankuasa Rayuan FIFA hari ini, badan induk itu menyatakan rasa tidak puas hati selepas mendapati Noor Azman masih menghadiri beberapa majlis rasmi FAM walaupun penggantungan telah berkuat kuasa sejak 17 Oktober lalu.
“Jawatankuasa Rayuan menganggap penggantungan yang dilakukan oleh FAM terhadap Noor Azman tidak dilaksanakan sepenuhnya.
“Berdasarkan laporan yang diterima serta sumber yang dipercayai, Noor Azman masih hadir ke majlis rasmi FAM termasuk bertemu dengan kepimpinan tertinggi FIFA.
“Situasi ini menjelaskan bahawa hukuman tersebut lebih sekadar memulihkan reputasi berbanding tindakan yang benar-benar tegas,” menurut kenyataan itu.
Difahamkan, Noor Azman turut dilihat bertemu Presiden FIFA, Gianni Infantino, bulan lalu namun FAM menjelaskan pertemuan tersebut berlaku atas kapasiti peribadi.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pertemuan itu tidak berlangsung dalam mana-mana acara rasmi FAM atau FIFA sebagaimana yang tular sebelum ini.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
