Berita Sukan
FIFA dedah FAM, pemain warisan patut terima hukuman lebih berat
KUALA LUMPUR 19 Nov - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya sebenarnya berdepan risiko hukuman lebih berat, susulan keputusan Jawatankuasa Tatatertib yang dikekalkan pada September lalu.
Dalam alasan bertulis yang dikeluarkan Jawatankuasa Rayuan FIFA semalam, badan induk itu menjelaskan bahawa isu kadar hukuman turut dibincangkan semasa prosiding rayuan yang berlangsung bulan lepas.
Menurut kenyataan itu, FAM dan para pemain berhujah bahawa hukuman terhadap mereka terlalu tinggi, namun selepas menilai semula semua bukti dan fakta baharu, jawatankuasa yakin bahawa hukuman asal sepatutnya jauh lebih berat.
Namun, FIFA menjelaskan bahawa prinsip “non reformatio in pejus” di bawah Artikel 63.4 FDC—yang melarang hukuman diperberatkan semasa proses rayuan—menghalang mereka daripada mengenakan tindakan tambahan.
Sementara itu, FIFA turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pemain warisan yang tidak berusaha mendapatkan penjelasan daripada FAM, ejen atau keluarga mereka selepas isu pemalsuan dokumen terbongkar.
Menurut jawatankuasa, sikap pemain yang terus mendakwa datuk nenek mereka berasal dari Malaysia, walaupun bukti menunjukkan sebaliknya, menggambarkan mereka sedar prosedur berkaitan tidak dilakukan dengan betul. Mereka juga gagal memberikan alasan kukuh mengapa mereka percaya layak mewakili Malaysia tanpa hubungan perundangan atau pertalian yang sah dengan negara ini.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
