Berita Politik
BN hormati keputusan MIC untuk keluar gabungan
KUALA LUMPUR 19 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa gabungan itu tidak akan menghalang keputusan MIC untuk meninggalkan BN, susulan usul yang diluluskan pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini bagi keluar daripada gabungan dan menyertai pembangkang.
“Saya menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat para perwakilan dan kepimpinan MIC.
“Apa juga keputusan mereka, kita terima dengan minda yang terbuka dan hati yang terbuka,” katanya.
Ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa perbincangan bersama MIC akan diadakan sebelum keputusan muktamad dibuat, Zahid bersetuju bahawa langkah itu adalah pendekatan terbaik.
“Itu adalah pendekatan yang paling baik.
“Dan apa juga keputusan yang akan dibuat terserah sepenuhnya kepada parti berkenaan,” katanya.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 10:05 am
BERSAMA bukan parti 'orang merajuk', 75% ahli tiada kaitan dengan PKR — Rafizi
June 12, 2026, 9:50 am
Bukan sekadar tulang belakang, Wanita UMNO perlu jadi wajah dan suara parti
June 12, 2026, 9:41 am
Tiada keperluan mesyuarat, Pemuda PH-BN tak pernah bersua sejak 2022
June 9, 2026, 3:06 pm
Isu Pas-Bersatu: Tun Faisal bidas Ahmad Fadhli, Afnan Hamimi; selar sikap hipokrit
June 8, 2026, 11:55 pm
PAS putus kerjasama politik dengan BERSATU berkuat kuasa serta-merta
June 8, 2026, 12:23 pm
400 pegawai kanan kerajaan sertai Bersama, umum tanding PRN Melaka Ogos ini - Rafizi
June 8, 2026, 12:00 pm
Onn Hafiz tegas BN Johor bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan DAP
June 7, 2026, 11:58 pm
