Berita Politik
Ahmad Zahid restu BN Johor bertanding solo di semua 56 kerusi
ISKANDAR PUTERI 7 Jun – Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 mendapat restu penuh daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan parti-parti komponen serta kesemua 26 bahagian UMNO negeri yang menyuarakan hasrat agar BN bertanding menggunakan kekuatan sendiri.
Menurut beliau, perkara itu turut dibincangkan dalam satu pertemuan pada 16 Mei lalu sebelum dibawa kepada kepimpinan tertinggi parti.
“Semua bahagian termasuk parti komponen mengatakan Johor perlu bertanding solo di semua kerusi.
“Apabila saya berikan maklum balas kepada presiden, beliau beri kebenaran kita bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)... itu realiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN Johor di Kompleks Sukan EduCity, di sini hari ini.
Mengulas mengenai keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lalu, Onn Hafiz berkata langkah itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor penting yang boleh memberi kesan kepada pentadbiran negeri.
Katanya, walaupun tempoh pentadbiran kerajaan negeri masih berbaki hampir setahun sebelum tamat pada April tahun depan, beberapa pertimbangan perlu diberi perhatian termasuk musim tengkujuh yang dijangka berlaku antara November hingga Januari.
Selain itu, beliau berkata faktor musim perayaan dan ketidakstabilan geopolitik di Asia Barat turut menjadi antara perkara yang diambil kira sebelum keputusan pembubaran dibuat.
Menurutnya, Johor memerlukan sebuah kerajaan negeri yang kukuh dan stabil bagi memastikan segala perancangan pembangunan serta agenda ekonomi dapat diteruskan tanpa gangguan.
“Johor memerlukan kerajaan yang terus kukuh dan stabil untuk memastikan negeri terus bergerak maju,” katanya.
Terdahulu, pelancaran jentera BN Johor disempurnakan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.
Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri Dr SA Vigneswaran dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Dr J Loga Bala Mohan.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
