Berita Politik
Isu Pas-Bersatu: Tun Faisal bidas Ahmad Fadhli, Afnan Hamimi; selar sikap hipokrit
SHAH ALAM 9 Jun – Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membidas kepimpinan Pas agar tidak bersikap hipokrit berhubung punca penamatan kerjasama politik antara kedua-dua parti di dalam Perikatan Nasional (PN).
Beliau mendedahkan bahawa pemimpin Pas sendiri yang sebenarnya enggan berkorban untuk memberikan laluan kerusi kepada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di negeri-negeri pentadbiran SG4 yang dikuasai oleh mereka.
Menurut Tun Faisal, Majlis Tertinggi PN sebelum ini telah pun bersetuju untuk melaksanakan electoral pact bagi bekerjasama dengan parti bukan anggota, namun tindakan pemimpin Pas yang menghalau Pejuang bertanding ke Selangor membuktikan mereka yang menolak penyatuan tersebut.
Beliau turut menyifatkan kegagalan pemimpin Pas untuk memahami keputusan mesyuarat mereka sendiri sebagai punca pertikaian ini, sekali gus bersetuju dengan kenyataan Presiden UMNO bahawa parti itu mempunyai DNA khianat yang sering bercakap tidak serupa bikin.
Bidasan ini dibuat bagi menjawab dakwaan Ahmad Fadhli Shaari dan Afnan Hamimi Taib Azamudden yang sebelum ini menuduh sikap Bersatu menolak kemasukan parti-parti baharu sebagai punca utama runtuhnya kerjasama politik tersebut.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
