Berita Politik
Tiada keperluan mesyuarat, Pemuda PH-BN tak pernah bersua sejak 2022
KUALA LUMPUR 12 Jun – Pemuda Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) disahkan tidak pernah mengadakan sebarang pertemuan rasmi mahupun mesyuarat bersama, sejak kedua-dua gabungan politik itu menjalinkan kerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan pada tahun 2022.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pemuda PH, Woo Kah Leong, yang menegaskan bahawa beliau melihat tiada keperluan untuk kedua-dua sayap pemuda parti itu berbuat demikian, meskipun wujud kerjasama erat di peringkat kepimpinan pusat melibatkan DAP dan UMNO.
Kah Leong yang juga Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menjelaskan, segala urusan libat urus antara komponen parti yang membentuk kerajaan persekutuan memadai sekadar hanya melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi sahaja.
"Tak pernah meeting (bermesyuarat) sejak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Perpaduan ini hanya membabitkan mesyuarat pimpinan tertinggi. Kalau tanya saya, tak payah dan tak perlu mesyuarat pun," katanya dalam satu majlis bersama media malam tadi.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas status hubungan terkini antara sayap pemuda PH dan BN, khususnya dinamika antara DAPSY dan Pemuda UMNO yang sebelum ini merupakan seteru politik tradisi sebelum digabungkan dalam pentadbiran yang sama.
Umum mengetahui hubungan antara Kah Leong dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Mohamad Akmal Saleh, sering kali tegang dan kerap bertikam lidah di media sosial, mencerminkan kedua-dua pemimpin muda itu seperti tidak sebulu walaupun berada dalam satu 'kapal' kerajaan.
Sebelum ini, Kah Leong pernah membidas kelantangan Dr. Akmal yang secara terbuka menyasarkan DAP. Sebagai tindak balas, Dr. Akmal yang juga ADUN Merlimau, membalas bidasan tersebut di media sosial dengan menyifatkan Kah Leong sebagai individu yang hanya tahu bercakap namun 'bebal tak dapat diajar' kerana gagal memahami realiti politik sebenar di peringkat akar umbi.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
