Berita Sukan
JDT berazam cipta keputusan positif menentang Melbourne City FC dalam aksi ACLE
KUALA LUMPUR 24 Nov - Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) bertekad membawa pulang keputusan positif menjelang aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Melbourne City FC di Stadium Rectangular Melbourne, petang Selasa.
Namun, pengendali Harimau Selatan, Xisco Munoz, mengingatkan pemain supaya kekal berwaspada terhadap kekuatan skuad City Blues yang kali ini dibarisi kelompok pemain berbeza berbanding musim lalu.
“Saya jelaskan kepada setiap pemain bahawa kita perlu berada dalam keadaan benar-benar bersedia untuk berdepan kelab dari Australia itu.
“Mereka pasukan yang kuat dan kami tahu mereka akan bermain secara agresif. Apa pun, kami ke sana untuk memberikan aksi terbaik sambil mengekalkan intensiti permainan yang tinggi,” katanya.
Munoz menegaskan bahawa aksi di pentas ACLE menuntut konsistensi dan fokus penuh, sambil mengelak daripada melakukan kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan.
Sementara itu, beliau mengesahkan tonggak sayap lincah, Arif Aiman Hanapi, tidak menyertai pasukan selepas masih menjalani proses pemulihan daripada kecederaan yang dialami ketika bersama skuad Harimau Malaya menentang Nepal baru-baru ini.
“Memang kita terasa kehilangan Arif, tetapi kami kekal optimis pemain lain mampu menggalas tanggungjawab di bahagian serangan. Kami harap Arif kembali lebih kuat selepas pulih sepenuhnya,” katanya.
JDT dijangka menurunkan barisan terbaik yang ada bagi memastikan mereka mampu memberi tentangan seimbang kepada Melbourne City FC yang rata-rata dihuni pemain berkualiti.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
