Berita Berita
'Arah mangsa tutup mata, tanggal pakaian' - Guru sekolah agama disyaki cabul 2 murid perempuan di Batu Pahat
BATU PAHAT 25 Nov - Seorang guru sebuah sekolah agama di daerah ini direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid perempuan ketika melaksanakan hukuman denda terhadap mereka.
Menurut laporan Berita Harian, perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman bermula hari ini sehingga Isnin ini.
Ia bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.
Berdasarkan laporan dibuat, dua kejadian berlaku iaitu sejak tahun 2023 dan tahun lalu di mana mangsa diminta menutup mata menggunakan sapu tangan.
Tindakan itu dibuat suspek sebagai hukuman terhadap mangsa kerana didapati secara tidak sengaja menumpahkan ayam di atas meja dalam kelasnya.
Ketika menutup mata, mangsa diarahkan menanggalkan separuh pakaian dan pada masa sama, suspek meminta murid terbabit berjanji untuk tidak menceritakan kejadian itu kepada orang lain.
Salah seorang mangsa dalam laporan dibuat memberitahu, kejadian ini sudah banyak kali berlaku dengan suspek memanggilnya memasuki dalam kelas tanpa kehadiran murid lain sebelum melakukan perbuatan itu.
Susulan laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat semalam, polis menahan suspek pada hari sama bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
November 25, 2025, 8:41 pm
Kementerian Luar aktifkan Bilik Gerakan bantu rakyat Malaysia terjejas banjir di Hat Yai
November 25, 2025, 8:36 pm
SAM kecam serangan terhadap wartawan Haresh Deol
November 25, 2025, 8:31 pm
Wartawan Haresh Deol cedera diserang dua individu tidak dikenali
November 25, 2025, 6:21 pm
'Ada cubaan untuk menyerang saya' - Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik PM
November 25, 2025, 5:46 pm
Lelaki dipenjara lima tahun cuba langgar, bunuh polis di stesen minyak di Klang
November 25, 2025, 3:55 pm
PRN Sabah: Fahmi nafi dakwaan PH biayai kempen media sosial RM8 juta burukkan Warisan
November 25, 2025, 3:22 pm
Jaga-jaga, hujan sangat lebat berterusan landa Kelantan, Terengganu hingga esok - MetMalaysia
November 25, 2025, 2:25 pm
