Berita Berita
'Ada cubaan untuk menyerang saya' - Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik PM
KUALA LUMPUR 25 Nov - Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengumumkan peletakan jawatannya, hari ini.
Menerusi perkongsian di platform X, beliau berkata, surat berkenaan sudah diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.
Tindakan itu diambil enam hari selepas Anwar membuat teguran keras kepada setiausaha politiknya itu kerana mengeluarkan surat sokongan kontraktor bagi sebuah projek hospital pada 2024.
Shamsul Iskandar berkata, keputusan itu diambil susulan wujud percubaan menyerang beliau dengan perkara yang boleh menjejaskan imej kerajaan MADANI.
"Justeru, saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya," katanya dalam hantaran di platform X, petang ini.
Peletakan jawatan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan isu pengeluaran surat sokongan bagi kontraktor dalam sebuah projek hospital yang tular baru-baru ini.
Ketika di Dewan Rakyat baru-baru ini, Anwar menegaskan sudah menegur tindakan Shamsul Iskandar itu dan menjelaskan, peraturan serta prinsip kerajaan tidak membolehkan tindakan sedemikian dilakukan.
Perkara itu dibangkitkan pembangkang berhubung tindakan Shamsul Iskandar yang didakwa mengeluarkan surat sokongan terhadap projek hospital pada 2024 dengan menyenaraikan kontraktor kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
Berita berkaitan
November 25, 2025, 8:44 pm
Lelaki bersilat bertopi keledar di tanah perkuburan ditahan polis
November 25, 2025, 8:41 pm
Kementerian Luar aktifkan Bilik Gerakan bantu rakyat Malaysia terjejas banjir di Hat Yai
November 25, 2025, 8:36 pm
SAM kecam serangan terhadap wartawan Haresh Deol
November 25, 2025, 8:31 pm
Wartawan Haresh Deol cedera diserang dua individu tidak dikenali
November 25, 2025, 5:46 pm
Lelaki dipenjara lima tahun cuba langgar, bunuh polis di stesen minyak di Klang
November 25, 2025, 3:55 pm
PRN Sabah: Fahmi nafi dakwaan PH biayai kempen media sosial RM8 juta burukkan Warisan
November 25, 2025, 3:22 pm
Jaga-jaga, hujan sangat lebat berterusan landa Kelantan, Terengganu hingga esok - MetMalaysia
November 25, 2025, 2:35 pm
