TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

SAM kecam serangan terhadap wartawan Haresh Deol

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 Nov - Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mengecam serangan terhadap wartawan sukan dan ahli SAM, Haresh Deol, yang berlaku petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Haresh diserang dua individu tidak dikenali manakala seorang lagi merakam insiden berkenaan.

Haresh mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis di balai berhampiran, sementara motif serangan masih belum diketahui.

Presiden SAM, Ismadi Abdul Manap, memohon agar siasatan segera dijalankan berhubung kejadian itu.

“Serangan ke atas mana-mana wartawan adalah satu tindakan ekstrem yang tidak boleh dibiarkan. SAM tidak mahu ahli-ahli bekerja dalam ketakutan dan trauma berikutan serangan seumpama ini,” katanya.

Haresh yang juga pengasas portal media TwentyTwo13 dilapor sedang berbincang dengan beberapa rakan sebelum diserang ketika berjalan bersendirian menuju ke keretanya.

+ - reset