Berita Politik
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
PUTRAJAYA 30 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor atas kejayaan membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baharu susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
Dalam kenyataannya, Anwar berkata Kerajaan MADANI menghormati sepenuhnya suara dan mesej jelas yang disampaikan oleh rakyat Sabah melalui peti undi, yang menurut beliau mencerminkan tuntutan terhadap perubahan sebenar selepas tempoh panjang berdepan pelbagai ketidakadilan serta pengabaian, sama ada oleh parti dari Semenanjung mahupun tempatan.
Beliau memaklumkan, sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, Kerajaan Persekutuan telah berusaha menyelesaikan pelbagai isu legasi yang membabitkan Sabah, termasuk tuntutan dan hak negeri itu yang menyentuh kepentingan rakyat.
Anwar turut menegaskan bahawa beberapa kemajuan penting telah dicapai berkaitan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam tempoh yang singkat, hasil komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan.
Sehubungan itu, katanya, Kerajaan MADANI akan kekal konsisten meneruskan agenda pembaharuan bagi memastikan Sabah dapat dibangunkan secara adil, saksama dan makmur tanpa terus dipinggirkan.
“Suara rakyat Sabah adalah amanah yang wajib dijunjung dengan penuh tanggungjawab,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menzahirkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk terus bekerjasama erat dengan Kerajaan Negeri Sabah demi menjamin kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 10:05 am
BERSAMA bukan parti 'orang merajuk', 75% ahli tiada kaitan dengan PKR — Rafizi
June 12, 2026, 9:50 am
Bukan sekadar tulang belakang, Wanita UMNO perlu jadi wajah dan suara parti
June 12, 2026, 9:41 am
Tiada keperluan mesyuarat, Pemuda PH-BN tak pernah bersua sejak 2022
June 9, 2026, 3:06 pm
Isu Pas-Bersatu: Tun Faisal bidas Ahmad Fadhli, Afnan Hamimi; selar sikap hipokrit
June 8, 2026, 11:55 pm
PAS putus kerjasama politik dengan BERSATU berkuat kuasa serta-merta
June 8, 2026, 12:23 pm
400 pegawai kanan kerajaan sertai Bersama, umum tanding PRN Melaka Ogos ini - Rafizi
June 8, 2026, 12:00 pm
Onn Hafiz tegas BN Johor bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan DAP
June 7, 2026, 11:58 pm
