Berita Politik
MCA kekal bersama BN
KUALA LUMPUR 8 Dis – MCA kekal bersama Barisan Nasional (BN) dengan hubungan antara parti itu dan UMNO disifatkan berada dalam keadaan baik, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Menurutnya, setiap parti mempunyai pertimbangan serta agenda dalaman tersendiri dalam menentukan hala tuju politik masing-masing, namun setakat ini MCA masih bersama gabungan berkenaan.
“Tapi setakat hari ini, saya nampak MCA kekal bersama BN. Kita ada pertalian yang sangat rapat dengan MCA iaitu lebih daripada 50 tahun.
“Kita juga kena terima hakikat bahawa dalam politik hari ini, tidak semua negara memperoleh kuasa secara mutlak. Jadi apa yang perlu kita buat adalah menyesuaikan diri (adjust),” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Johari berkata demikian selepas merasmikan Sambutan 100 Tahun Penyelidikan Getah Malaysia, hari ini.
Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan parti itu tidak menolak kemungkinan menilai semula kedudukan strategiknya dalam BN sekiranya UMNO terus cenderung menjalinkan kerjasama politik di luar gabungan itu, khususnya bersama DAP.
Wee menegaskan pendirian MCA jelas — tiada kerjasama dengan DAP dalam apa-apa keputusan besar pada masa depan. Jika UMNO terus bergerak keluar daripada acuan BN sehingga menjejaskan semangat gabungan itu, MCA tidak akan berdiam diri.
Mengulas perkara itu, Johari menegaskan hubungan MCA dan UMNO yang terjalin lebih lima dekad telah membentuk persefahaman kukuh antara kedua-dua parti.
“Jadi sudah tentu kita sudah terbiasa dengan rakan yang sudah lama bersama kita. Parti lain-lain mungkin belum tentu lagi,” katanya.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
April 28, 2026, 7:25 pm
Tiga tokoh PAS Selangor dicalonkan terajui PN negeri
April 28, 2026, 9:00 am
'Bergantung kepada Tuanku' - Anwar jangka PRN Negeri Sembilan tidak diadakan
April 27, 2026, 5:49 pm
Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan, diarah bertugas seperti biasa
April 27, 2026, 9:42 am
'UMNO lain cerita' - Bersatu kekal tolak kemasukan semua ahli dipecat
April 24, 2026, 11:48 am
PAS Perlis kekal sokong kerajaan PN, nafi usul undi tidak percaya
April 21, 2026, 11:05 am
Shahidan nafi ada gerakan jatuhkan MB Perlis, sokongan PN kekal utuh
April 21, 2026, 10:56 am
UMNO terima 3,716 pendaftaran ahli baharu dalam tempoh 24 jam
April 20, 2026, 10:20 am
