Berita Sukan
JDT sedia buat Shanghai Port ‘merana’ di SSI
ISKANDAR PUTERI 8 Dis – Johor Darul Ta'zim (JDT) bertekad memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi memastikan Shanghai Port FC pulang hampa dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam esok.
Pengendali Harimau Selatan, Xisco Munoz berkata, beliau optimis skuadnya mampu meraih tiga mata penuh sekali gus menjadikan aksi itu penentu masa depan JDT dalam kempen Asia musim ini.
Menurutnya, beberapa rombakan taktikal yang dilakukan sebelum ini memberi kesan positif dan pasukan kini bersedia turun dengan kekuatan penuh.
“Kami perlu masuk dengan karakter, intensiti dan tenaga maksimum. Hubungan dengan penyokong adalah kunci.
“Esok tiada ruang untuk kesilapan. Kami mahu memastikan Shanghai Port tewas,” katanya pada sidang akhbar praperlawanan di SSI, hari ini.
Mengulas kehilangan tonggak utama, Arif Aiman, Xisco mengakui situasi itu memberi tamparan kepada JDT namun menegaskan fokus pasukan tetap kekal untuk memburu kemenangan.
“Kami sedih kehilangan pemain berkualiti. Tetapi kami tetap turun untuk tiga mata. Itu cara terbaik menggembirakan dia,” katanya.
Sementara itu, pertahanan JDT, Shane Lawry berkata, para pemain berada pada tahap fokus tertinggi kerana kemenangan dapat mengubah kedudukan kumpulan secara drastik.
“Kami ada rekod baik bermain di rumah sendiri. Peminat beri perbezaan besar. Siapa pun yang diturunkan esok, semua sudah bersedia untuk berkorban,” ujarnya.
Namun beliau mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak memandang rendah keupayaan Shanghai Port yang terkenal dengan serangan pantas, transisi mengejut dan tekanan tinggi.
“Kami pernah berdepan mereka. Mereka kuat, agresif dan cepat membuat keputusan. Tetapi kami juga ada kualiti tersendiri,” katanya.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
