Berita Sukan
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
BANGKOK 17 Dis – Atlet muda Muay Thai negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar mencipta sensasi apabila menghadiahkan pingat emas acara lelaki 57 kilogram (kg) kepada Malaysia pada Sukan SEA Thailand 2025.
Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Tinju Lumpinee, Rabu, Mikail atau lebih dikenali sebagai Miki menewaskan wakil tuan rumah, Suphakon Sirilun dalam pertarungan sengit yang mendapat sorakan padu penyokong Thailand.
Beraksi dalam penampilan sulung di temasya dwitahunan itu, atlet berusia 16 tahun berkenaan mempamerkan ketenangan dan disiplin tinggi meskipun berdepan tekanan lawan di gelanggang sendiri.
Pusingan pertama menyaksikan Miki mengawal perlawanan dengan kemas untuk mendahului 10-9, sebelum Suphakon meningkatkan tekanan menerusi aksi agresif pada pusingan kedua.
Bagaimanapun, keupayaan Miki membaca pergerakan lawan dan mengekalkan konsistensi serangan membolehkannya sekali lagi meraih kelebihan 10-9 di pusingan kedua.
Pada pusingan ketiga, kedua-dua atlet memperagakan aksi agresif, namun keputusan akhir memihak kepada wakil negara sekali gus mengesahkan kemenangan pingat emas buat kem Malaysia.
Terdahulu, emas pertama negara dalam acara Muay Thai diraih menerusi Wassof Rujiman yang menewaskan wakil tuan rumah, Thongchai Huanak dalam kategori 54kg.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
