Berita Berita
Jangan menghilang, MARA beri peluang kedua peminjam culas, sedia berunding
KUALA LUMPUR 17 Dis - Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersedia memberikan peluang kedua kepada peminjam yang disenaraihitamkan kerana culas membayar pinjaman daripada agensi itu hingga menjejaskan peluang anak mereka mendapatkan tajaan pelajaran.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peluang itu boleh diberikan sekiranya golongan peminjam atau ibu bapa yang berdepan situasi berkenaan datang ke pejabat MARA untuk berunding.
Beliau berkata, rundingan boleh dilakukan bagi memastikan anak peminjam yang ingin mendapatkan tajaan MARA, masih mempunyai peluang, meskipun ibu bapa mereka disenaraihitamkan.
"Yang kena blacklist (senarai hitam) kerana culas bayar pinjaman MARA hingga jejas peluang anak dapat penajaan MARA, boleh datang ke pejabat MARA.
"Yang penting datang berunding bukannya menghilang," katanya melalui kenyataan, di media sosial, hari ini.
Pada Februari lalu, Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO mendedahkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung MARA kini mencecah 49.6 peratus bernilai RM893 juta.
Ia menyebabkan agensi itu bakal mengambil tindakan tegas termasuk saman terhadap mereka yang masih gagal melunaskan pinjaman terbabit.
Pada Oktober lalu, media melaporkan seramai 97,866 peminjam bagi pinjaman pelajaran MARA disenarai hitam.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dilaporkan berkata, jumlah itu adalah daripada 197,348 peminjam aktif.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 7:41 pm
Salji turun di Arab Saudi
December 18, 2025, 7:30 pm
Kerajaan umum tiada kenaikan kadar tol tahun depan
December 18, 2025, 7:10 pm
Mayat ditemui di rumah kosong di Rembau
December 18, 2025, 5:14 pm
Prasarana tanggung rugi RM20.6 juta akibat kecurian kabel sejak 2023
December 18, 2025, 4:15 pm
Anwar beri peringatan tegas kepada menteri baharu, tiada tempoh bulan madu
December 18, 2025, 4:04 pm
Anwar ingatkan timbalan menteri galas amanah sebaik mungkin
December 18, 2025, 3:57 pm
Warden penjara ditemui mati di ruang tamu rumah dinaiki air di Kuantan
December 18, 2025, 3:48 pm
Najib boleh jalani hukuman penjara di rumah serta-merta jika Titah Adendum memihaknya
December 18, 2025, 2:56 pm
