Berita Berita
Lelaki parah ditetak dengan parang depan kedai serbaneka di Gombak
GOMBAK 17 Dis - Seorang lelaki tempatan cedera parah selepas diserang dan ditetak menggunakan parang oleh seorang individu di hadapan kedai serbaneka sebuah residensi Batu Caves di sini pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Selayang kira-kira jam 10.35 pagi.
"Mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai diserang oleh seorang lelaki tempatan tidak dikenali sebelum ditetak menggunakan parang sehingga mengalami kecederaan parah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Noor Ariffin berkata, bertindak atas maklumat, polis memberkas empat suspek pada hari sama.
"Kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad.
"Tangkapan susulan dijalankan pada Selasa dan Rabu melibatkan empat lagi suspek lelaki tempatan yang direman selama enam sehingga Isnin," katanya.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Hakimie Razally di talian 011-33352585 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 7:41 pm
Salji turun di Arab Saudi
December 18, 2025, 7:30 pm
Kerajaan umum tiada kenaikan kadar tol tahun depan
December 18, 2025, 7:10 pm
Mayat ditemui di rumah kosong di Rembau
December 18, 2025, 5:14 pm
Prasarana tanggung rugi RM20.6 juta akibat kecurian kabel sejak 2023
December 18, 2025, 4:15 pm
Anwar beri peringatan tegas kepada menteri baharu, tiada tempoh bulan madu
December 18, 2025, 4:04 pm
Anwar ingatkan timbalan menteri galas amanah sebaik mungkin
December 18, 2025, 3:57 pm
Warden penjara ditemui mati di ruang tamu rumah dinaiki air di Kuantan
December 18, 2025, 3:48 pm
Najib boleh jalani hukuman penjara di rumah serta-merta jika Titah Adendum memihaknya
December 18, 2025, 2:56 pm
