Berita Berita
Anwar sifat kritikan bantuan Malaysia kepada Gaza tiada nilai kemanusiaan
Putrajaya 18 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pandangan segelintir pihak yang mempertikaikan bantuan Malaysia kepada Gaza dengan menyifatkan kritikan sedemikian sebagai tiada nilai kemanusiaan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, Malaysia telah menyalurkan kira-kira RM100 juta bagi bantuan kemanusiaan ke Gaza walaupun terdapat usaha perdamaian yang dilaksanakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Menurut beliau, bantuan itu disalurkan atas dasar kemanusiaan susulan pelanggaran berterusan rejim Israel terhadap perjanjian gencatan senjata serta jenayah yang dilakukan ke atas penduduk Palestin.
“Pelanggaran berterusan, ratusan pelanggaran perjanjian dilakukan oleh rejim Israel. Anak kecil dan wanita masih terus dibunuh… kebanyakan masjid dan juga gereja dimusnahkan,” katanya pada Taklimat Bersama Ketua-Ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di sini, pada Rabu.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj, selain 92 wakil media tempatan dan antarabangsa.
Anwar menegaskan komitmen Malaysia untuk terus menyokong Gaza bukan sahaja melalui bantuan kemanusiaan, malah menerusi suara politik bagi mempertahankan hak rakyat Palestin.
Beliau berkata, ketika perbincangan bersama Trump dalam kenderaan rasmi Cadillac One ‘The Beast’ pada akhir Oktober lalu, beliau telah menyampaikan secara sopan dan berhemah pendirian Malaysia dalam menyokong hak Gaza dan Palestin atas dasar kemanusiaan.
“Saya beritahu (Trump) mengapa saya memilih untuk mempertahankan hak Gaza serta Palestin dan mengapa Malaysia sangat konsisten mendukung perkara itu.
“Tidak pula beliau marah, tetapi masih ada suara-suara sebegini dan saya minta maaf kerana saya kurang mengerti, apatah lagi apabila bercakap soal agama dan kemanusiaan tetapi tidak ada ihsan serta perikemanusiaan,” katanya.
Anwar turut memaklumkan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi telah mengundang beliau menghadiri Sidang Pemulihan dan Pembangunan Semula Gaza di Mesir, namun sidang tersebut masih tertangguh kerana kesukaran mendapatkan korum pemimpin dunia Arab dan Islam pada hujung tahun.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 7:41 pm
Salji turun di Arab Saudi
December 18, 2025, 7:30 pm
Kerajaan umum tiada kenaikan kadar tol tahun depan
December 18, 2025, 7:10 pm
Mayat ditemui di rumah kosong di Rembau
December 18, 2025, 5:14 pm
Prasarana tanggung rugi RM20.6 juta akibat kecurian kabel sejak 2023
December 18, 2025, 4:15 pm
Anwar beri peringatan tegas kepada menteri baharu, tiada tempoh bulan madu
December 18, 2025, 4:04 pm
Anwar ingatkan timbalan menteri galas amanah sebaik mungkin
December 18, 2025, 3:57 pm
Warden penjara ditemui mati di ruang tamu rumah dinaiki air di Kuantan
December 18, 2025, 3:48 pm
Najib boleh jalani hukuman penjara di rumah serta-merta jika Titah Adendum memihaknya
December 18, 2025, 2:56 pm
