Berita Berita
Dividen FELCRA 2025 ditetapkan 15 peratus, dibayar awal tahun depan
KUALA LUMPUR 18 Dis - Dividen tahun kewangan 2025 bagi Koperasi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) ditetapkan pada kadar 15 peratus dan dijangka dibayar pada awal tahun hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kadar dividen tersebut mencerminkan keupayaan FELCRA mengekalkan keuntungan, sekali gus memastikan koperasi dan anak-anak syarikatnya terus mencatatkan prestasi yang mampan.
Menurut beliau, pendekatan pengurusan yang telus perlu dijadikan asas kepada prestasi kewangan koperasi berkenaan, di samping memastikan kepentingan ahli sentiasa menjadi keutamaan.
“Kita mahu koperasi ini terus menjadi contoh terbaik, bukan sahaja dari segi keuntungan, tetapi juga dari aspek tadbir urus serta manfaat kepada ahli.
“Pendekatan saya adalah secara hands on dan dalam melakukan pemantauan, ia tidak boleh terburu-buru sehingga mengundang ketirisan,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-43 Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFMB), malam tadi.
Turut hadir Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi KPFMB, Datuk Sabari Misran.
Ahmad Zahid berkata, prestasi KPFB sebagai anak syarikat membuktikan kekuatan model koperasi yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan perniagaan dan tanggungjawab sosial, selaras dengan prinsip pembangunan inklusif.
Katanya, keutamaan pengurusan diberikan kepada KPFB memandangkan jumlah ahlinya jauh lebih besar berbanding pemegang saham anak-anak syarikat lain, sekali gus memastikan manfaat ekonomi dapat dirasai secara lebih menyeluruh.
“KPFB bukan sekadar mengejar keuntungan, sebaliknya membina kejayaan perniagaan yang memberi manfaat kepada peserta, komuniti dan keseluruhan ekosistem FELCRA,” katanya.
Dalam majlis sama, Ahmad Zahid turut mengumumkan elaun kehadiran bagi Mesyuarat Agung Perwakilan KPFB tahun ini ditetapkan sebanyak RM1,000 sebagai penghargaan terhadap komitmen, kesetiaan dan peranan aktif para perwakilan dalam memperkukuh hala tuju koperasi.
Beliau berkata, kadar tersebut bukan sahaja mencerminkan kedudukan kewangan koperasi yang kukuh, malah membuktikan keupayaan KPFB untuk terus memberikan pulangan yang adil dan berterusan kepada para anggotanya.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 7:41 pm
Salji turun di Arab Saudi
December 18, 2025, 7:30 pm
Kerajaan umum tiada kenaikan kadar tol tahun depan
December 18, 2025, 7:10 pm
Mayat ditemui di rumah kosong di Rembau
December 18, 2025, 5:14 pm
Prasarana tanggung rugi RM20.6 juta akibat kecurian kabel sejak 2023
December 18, 2025, 4:15 pm
Anwar beri peringatan tegas kepada menteri baharu, tiada tempoh bulan madu
December 18, 2025, 4:04 pm
Anwar ingatkan timbalan menteri galas amanah sebaik mungkin
December 18, 2025, 3:57 pm
Warden penjara ditemui mati di ruang tamu rumah dinaiki air di Kuantan
December 18, 2025, 3:48 pm
Najib boleh jalani hukuman penjara di rumah serta-merta jika Titah Adendum memihaknya
December 18, 2025, 2:56 pm
