Berita Berita
JPJ nafi surat tular kelulusan nombor pendaftaran siri ‘EE’
KUALA LUMPUR 18 Dis – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan pengeluaran dan penggunaan tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri “EE” menerusi sepucuk surat yang tular di media sosial.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tanda indeks nombor pendaftaran siri berkenaan tidak pernah dikeluarkan, diperkenalkan atau diluluskan oleh pihaknya.
“Surat kelulusan yang tular itu adalah palsu dan merupakan satu bentuk penipuan (scam) yang berpotensi mengelirukan serta memperdaya orang awam.
“Hasil siasatan awal mendapati format dan identiti surat rasmi JPJ telah digunakan secara tidak sah oleh pihak tidak bertanggungjawab, termasuk penggunaan kepala surat, gaya penulisan dan susun atur yang menyerupai dokumen rasmi JPJ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, JPJ memandang serius perkara berkenaan dan satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
Sehubungan itu, Aedy Fadly menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran atau maklumat meragukan berkaitan nombor pendaftaran kenderaan.
“Orang ramai juga disaran membuat semakan hanya melalui saluran rasmi JPJ bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 7:41 pm
Salji turun di Arab Saudi
December 18, 2025, 7:30 pm
Kerajaan umum tiada kenaikan kadar tol tahun depan
December 18, 2025, 7:10 pm
Mayat ditemui di rumah kosong di Rembau
December 18, 2025, 5:14 pm
Prasarana tanggung rugi RM20.6 juta akibat kecurian kabel sejak 2023
December 18, 2025, 4:15 pm
Anwar beri peringatan tegas kepada menteri baharu, tiada tempoh bulan madu
December 18, 2025, 4:04 pm
Anwar ingatkan timbalan menteri galas amanah sebaik mungkin
December 18, 2025, 3:57 pm
Warden penjara ditemui mati di ruang tamu rumah dinaiki air di Kuantan
December 18, 2025, 3:48 pm
Najib boleh jalani hukuman penjara di rumah serta-merta jika Titah Adendum memihaknya
December 18, 2025, 2:56 pm
