Berita Berita
Hannah mahu tumpu kurangkan insiden banjir di Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR 18 Dis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu dilantik, Hannah Yeoh, memberi tumpuan utama kepada usaha mengurangkan insiden banjir serta memastikan Wilayah Persekutuan ditadbir dengan lebih telus dan peka terhadap realiti kehidupan rakyat.
Hannah yang sebelum ini menerajui Kementerian Belia dan Sukan berkata, keutamaan beliau merangkumi penambahbaikan perkhidmatan asas kerajaan, pembangunan mampan serta perlindungan kawasan rekreasi demi kesejahteraan penduduk.
“Kepercayaan yang diberikan ini adalah satu tanggungjawab besar yang akan saya pikul dengan penuh komitmen, integriti dan keazaman.
“Ia bertujuan memastikan tadbir urus Wilayah Persekutuan terus diperkukuhkan selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI serta tuntutan rakyat yang mahukan perkhidmatan awam yang cekap, inklusif dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebagai Ahli Parlimen Segambut yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Hannah berkata beliau memahami secara dekat cabaran, keperluan dan aspirasi warga Wilayah Persekutuan.
Sehubungan itu, beliau komited untuk memperkukuh libat urus bersama semua pemegang taruh termasuk Ahli Parlimen di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi memastikan suara rakyat didengari dalam setiap proses pembuatan dasar.
“Saya pernah berpeluang berkhidmat bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengalaman itu membentuk kefahaman saya mengenai nilai amanah, kepimpinan berteraskan kebajikan rakyat serta disiplin perkhidmatan awam, yang kini saya teruskan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Mengimbas pengalamannya di Kementerian Belia dan Sukan, Hannah berkata keutamaan diberikan kepada kebajikan dan perlindungan atlet, termasuk pengenalan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk atlet podium, pelaksanaan Program Road to Gold (RTG), pengukuhan pembangunan akar umbi serta penyediaan fasiliti sukan percuma kepada komuniti.
Menurut beliau, usaha lain turut melibatkan pelaksanaan Kod Sukan Selamat, insentif pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi menggalakkan gaya hidup aktif, penyediaan pelbagai dana sukan, peluasan senarai sukan yang diwartakan serta pengenalan inisiatif sukan untuk semua seperti Masters Games.
Dalam aspek pembangunan belia pula, Hannah berkata pembaharuan dasar dilaksanakan menerusi pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia yang menetapkan had umur belia sebelum 30 tahun, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
“Langkah ini penting bagi memperkukuh kepimpinan belia muda serta memastikan peralihan generasi berlaku secara terancang dan inklusif. Program Rakan Muda juga dirancakkan semula bersama pelbagai intervensi sosial untuk belia berisiko,” katanya.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 7:41 pm
Salji turun di Arab Saudi
December 18, 2025, 7:30 pm
Kerajaan umum tiada kenaikan kadar tol tahun depan
December 18, 2025, 7:10 pm
Mayat ditemui di rumah kosong di Rembau
December 18, 2025, 5:14 pm
Prasarana tanggung rugi RM20.6 juta akibat kecurian kabel sejak 2023
December 18, 2025, 4:15 pm
Anwar beri peringatan tegas kepada menteri baharu, tiada tempoh bulan madu
December 18, 2025, 4:04 pm
Anwar ingatkan timbalan menteri galas amanah sebaik mungkin
December 18, 2025, 3:57 pm
Warden penjara ditemui mati di ruang tamu rumah dinaiki air di Kuantan
December 18, 2025, 3:48 pm
Najib boleh jalani hukuman penjara di rumah serta-merta jika Titah Adendum memihaknya
December 18, 2025, 2:56 pm
