Berita Berita
Larangan bawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di Selangor masih berkuat kuasa - Exco
SHAH ALAM 18 Dis - Kerajaan Selangor menegaskan larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di negeri ini masih kekal, walaupun terdapat perbincangan untuk meneliti semula garis panduan sedia ada demi menjaga keharmonian masyarakat.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim berkata, dasar berkenaan masih berkuat kuasa ketika ini, namun kerajaan negeri terbuka untuk menilai kesesuaiannya mengikut konteks semasa dan kepelbagaian budaya masyarakat di Selangor.
"Kita di Selangor sebagai satu negeri maju dan bertaraf antarabangsa, semua langkah-langkah terkait dengan polisi antarabangsa, kita cuba akan teliti. Seperti di negara tertentu (dasar mereka) mereka memang mesra (haiwan peliharaan), boleh bawa haiwan ke sini, ke sana, masuk ke pusat beli-belah dan sebagainya.
"Bagaimanapun, berdasarkan budaya kita yang pelbagai kaum dan sebagainya, kita perlu teliti sama ada semua langkah mereka itu boleh atau sesuai diguna pakai di semua tempat, di pusat beli-belah dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Operasi Terjah Pembersihan Awam di Seksyen 7 di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM), Datuk Ramli Mohd Tahir.
Ng mengulas mengenai tindakan sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang yang membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan masuk ke dalam premis, yang mencetuskan perbincangan dalam kalangan masyarakat.
Menurut beliau, sebarang perubahan dasar perlu dibuat secara berhati-hati dengan mengambil kira sensitiviti, keselesaan dan keselamatan semua pihak agar keharmonian masyarakat terus terpelihara.
Berita berkaitan
December 18, 2025, 7:41 pm
Salji turun di Arab Saudi
December 18, 2025, 7:30 pm
Kerajaan umum tiada kenaikan kadar tol tahun depan
December 18, 2025, 7:10 pm
Mayat ditemui di rumah kosong di Rembau
December 18, 2025, 5:14 pm
Prasarana tanggung rugi RM20.6 juta akibat kecurian kabel sejak 2023
December 18, 2025, 4:15 pm
Anwar beri peringatan tegas kepada menteri baharu, tiada tempoh bulan madu
December 18, 2025, 4:04 pm
Anwar ingatkan timbalan menteri galas amanah sebaik mungkin
December 18, 2025, 3:57 pm
Warden penjara ditemui mati di ruang tamu rumah dinaiki air di Kuantan
December 18, 2025, 3:48 pm
Najib boleh jalani hukuman penjara di rumah serta-merta jika Titah Adendum memihaknya
December 18, 2025, 2:56 pm
