Berita Sukan
Malaysia cipta rekod baharu 221 pingat Sukan SEA di luar Kuala Lumpur
BANGKOK 19 Dis – Kontinjen Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya memecahkan rekod jumlah pingat tertinggi Sukan SEA di luar Kuala Lumpur selepas mengumpul 221 pingat setakat hari ini pada edisi Sukan SEA Thailand 2025.
Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi satu hantaran di Facebook mengesahkan bahawa Malaysia menempa sejarah baharu sebaik sahaja meraih pingat ke-217, sekali gus mengatasi rekod terdahulu sebanyak 216 pingat yang dicatatkan pada Sukan SEA Korat, Thailand 2007.
Pingat bersejarah itu disumbangkan oleh skuad kriket wanita yang memenangi perak acara T20 selepas tewas kepada juara bertahan Thailand dengan tujuh wiket di TerdThai Cricket Grounds.
“Detik bersejarah tercipta apabila pingat ke-217 diraih menerusi kriket wanita T20, sekali gus melengkapkan catatan jumlah pingat tertinggi kontinjen negara dalam temasya Sukan SEA di luar Kuala Lumpur,” menurut hantaran MSN.
Sehingga jam 5.45 petang waktu tempatan, Malaysia mengumpul 54 pingat emas, 55 perak dan 112 gangsa.
Walaupun tewas kepada Thailand, pencapaian skuad kriket wanita T20 itu merupakan yang terbaik setakat ini selepas sebelum ini hanya memenangi pingat gangsa pada edisi 2017 di Kuala Lumpur dan 2023 di Kemboja.
Temasya Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember melibatkan dua wilayah utama iaitu Bangkok dan Chonburi.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
