Berita Jenayah
Sindiket dadah antarabangsa tumpas, PDRM rampas 6.2 tan dadah terbesar bernilai RM1.04 Bilion
KAJANG 26 Dis - Operasi berskala besar Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket dadah antarabangsa terbesar pernah dikesan, apabila lebih enam tan dadah bernilai lebih RM1 bilion dirampas menerusi Op Gaharu 2.0 di sekitar Lembah Klang, bulan ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan berkenaan dilancarkan susulan penahanan enam individu termasuk tiga wanita dalam Op Gaharu 1.0 pada 16 Disember lalu, yang membawa kepada pembongkaran rangkaian sindiket diketuai warga Asia Timur.
Katanya, serbuan pertama pada 21 Disember di Taman Industri Selasa Jaya, Seri Kembangan membawa kepada rampasan 5,983.36 kilogram (kg) cecair dan 207.74 kg serbuk putih yang kedua-duanya disyaki Methylenedioxy Methamphetamine (MDMA).
Pada hari sama, pasukan turut menyerbu sebuah premis di Taman Perindustrian Kepong dan merampas 20.273 kg serbuk disyaki kokain serta 1.252 kg serbuk putih disyaki ketamin.
"Rampasan keseluruhan dianggarkan seberat 6,212 kg bernilai RM1.04 bilion dan jumlah dadah dirampas mampu merosakkan seramai 20.7 juta pengguna," katanya pada sidang media di Balai Polis Semenyih di sini, hari ini.
Hussein berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan membawa masuk ahli kimia dan bahan prekursor dari luar negara serta menggunakan koordinator dan ahli sindiket warga tempatan bagi memproses dadah, sekali gus disifatkan sebagai sindiket terbesar yang pernah ditumpaskan pihak berkuasa.
Menurutnya, sindiket itu mengendalikan 14 kilang dan 10 rumah kediaman yang diubah suai menjadi makmal pemprosesan serta stor penyimpanan dadah, dengan setiap premis disewa pada kadar antara RM6,000 hingga RM10,000 sebulan.
Sindiket berkenaan dipercayai menjadikan Malaysia sebagai pusat pemprosesan dadah sebelum diedarkan ke beberapa destinasi luar negara termasuk Hong Kong dan Australia, selain mempunyai lebih 12 ahli termasuk dalang utama serta aktif sejak Januari lalu.
"Berdasarkan peralatan yang dirampas, jelas operasi ini dijalankan pada skala yang sangat besar dan kita akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa negara berkaitan serta Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki dan menahan baki ahli sindiket termasuk dalang utama," katanya.
Selain itu, Hussein berkata siasatan turut mendedahkan sindiket terbabit menjalankan aktiviti penipuan dalam talian selepas satu daripada premis yang diserbu dikenal pasti dijadikan pusat panggilan penipuan di Kajang pada 21 Disember lalu.
Seramai 14 individu ditahan dan kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) untuk siasatan lanjut.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
