Berita Politik
Azmin Ali pula letak jawatan Setiausaha Agung PN
KUALA LUMPUR 30 Dis - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Dalam satu kenyataan hari ini, Azmin berkata pelantikannya ke jawatan berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, justeru beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada jawatan tersebut.
Selain itu, Azmin turut memaklumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Selangor berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama serta sokongan yang diberikan sepanjang tempoh beliau memegang kedua-dua jawatan berkenaan.
Peletakan jawatan itu dijangka memberi kesan kepada landskap kepimpinan Perikatan Nasional, khususnya di peringkat pusat dan negeri Selangor.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 10:05 am
BERSAMA bukan parti 'orang merajuk', 75% ahli tiada kaitan dengan PKR — Rafizi
June 12, 2026, 9:50 am
Bukan sekadar tulang belakang, Wanita UMNO perlu jadi wajah dan suara parti
June 12, 2026, 9:41 am
Tiada keperluan mesyuarat, Pemuda PH-BN tak pernah bersua sejak 2022
June 9, 2026, 3:06 pm
Isu Pas-Bersatu: Tun Faisal bidas Ahmad Fadhli, Afnan Hamimi; selar sikap hipokrit
June 8, 2026, 11:55 pm
PAS putus kerjasama politik dengan BERSATU berkuat kuasa serta-merta
June 8, 2026, 12:23 pm
400 pegawai kanan kerajaan sertai Bersama, umum tanding PRN Melaka Ogos ini - Rafizi
June 8, 2026, 12:00 pm
Onn Hafiz tegas BN Johor bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan DAP
June 7, 2026, 11:58 pm
