Berita Politik
Faizul Azumu pula menyusul letak jawatan Pengerusi PN Perak, ikut jejak langkah Muhyiddin
KUALA LUMPUR 30 Dis - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Perak berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Ahmad Faizal berkata, keputusan itu dibuat susulan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN di peringkat nasional.
“Mengambil maklum keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN Nasional serta menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PN Negeri Perak berkuat kuasa 1 Januari 2026,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya hari ini.
Dalam kenyataan sama, Ahmad Faizal turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan dan ahli parti komponen PN di Perak atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan sepanjang beliau memegang amanah tersebut.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen PN Negeri Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan,” katanya.
Terdahulu, Muhyiddin mengesahkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Selain itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN Johor, susulan tindakan sama oleh Muhyiddin.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 10:05 am
BERSAMA bukan parti 'orang merajuk', 75% ahli tiada kaitan dengan PKR — Rafizi
June 12, 2026, 9:50 am
Bukan sekadar tulang belakang, Wanita UMNO perlu jadi wajah dan suara parti
June 12, 2026, 9:41 am
Tiada keperluan mesyuarat, Pemuda PH-BN tak pernah bersua sejak 2022
June 9, 2026, 3:06 pm
Isu Pas-Bersatu: Tun Faisal bidas Ahmad Fadhli, Afnan Hamimi; selar sikap hipokrit
June 8, 2026, 11:55 pm
PAS putus kerjasama politik dengan BERSATU berkuat kuasa serta-merta
June 8, 2026, 12:23 pm
400 pegawai kanan kerajaan sertai Bersama, umum tanding PRN Melaka Ogos ini - Rafizi
June 8, 2026, 12:00 pm
Onn Hafiz tegas BN Johor bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan DAP
June 7, 2026, 11:58 pm
