Berita Sukan
JDT akui prestasi belum terbaik tanpa Arif Aiman
KUALA LUMPUR 6 Jan - Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mengakui pasukannya masih belum berada pada tahap sebenar susulan ketiadaan pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi yang diketepikan akibat kecederaan hamstring dialami sejak November lalu.
Skuad Harimau Selatan dilihat tidak beraksi seperti kebiasaan walaupun mencatat kemenangan 2-0 ke atas seteru tradisi, Selangor FC dalam saingan Liga Super kelmarin, hasil jaringan sendiri Richmond Ankrah dan gol Bergson da Silva.
Menurut Xisco, fokus utama ketika ini adalah memastikan Arif Aiman menjalani proses pemulihan sepenuhnya tanpa sebarang tekanan untuk kembali beraksi dalam tempoh terdekat.
“Arif Aiman tidak akan bersama pasukan buat masa ini dan kami perlu bersabar. Perkara paling penting adalah dia pulih sepenuhnya sebelum diberi masa untuk kembali mencapai tahap kecergasan terbaik.
“Sudah tentu tanpa Arif Aiman ia agak sukar kerana dia antara pemain muda terbaik di Asia. Saya tahu dia bekerja keras dan pasti akan kembali lebih kuat.
“Inilah realiti yang perlu kami terima kerana pemain sepertinya sangat sesuai dengan falsafah JDT dan tiga mata yang diraih ini adalah hadiah buatnya,” katanya.
Dalam pada itu, JDT tidak berdepan masalah besar untuk meneruskan momentum cemerlang apabila mencatat kemenangan ke-13 berturut-turut dalam Liga Super, sekali gus mencerahkan peluang mempertahankan kejuaraan yang dimenangi sejak 2014.
Arif Aiman mengalami kecederaan serius ketika beraksi bersama skuad Harimau Malaya menentang Nepal sebelum menjalani pembedahan di Finland bulan lalu.
Meskipun terpaksa berehat hampir dua bulan, kecederaan itu tidak menjejaskan reputasi Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia berkenaan apabila beliau diiktiraf antara penggelecek terbaik 2025 oleh laman sukan antarabangsa, Sofascore.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
