Berita Berita
Tender TDM: SPRM sita jongkong emas, SVR dan wang asing bernilai RM6.9 juta
KUALA LUMPUR 9 Jan - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan projek tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM) membawa kepada sitaan pelbagai aset mewah termasuk emas, kenderaan utiliti sukan berprestasi tinggi (SVR) serta wang tunai pelbagai mata wang asing yang dianggarkan bernilai kira-kira RM6.9 juta.
Sumber memaklumkan, wang tunai yang disita melibatkan mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD), Euro, Pound, Yen (Jepun) dan Riyal (Arab Saudi).
Menurut sumber itu, sitaan berkenaan dilakukan hasil pemeriksaan ke atas sebuah SVR di sebuah bengkel sekitar Lembah Klang yang dipercayai ditinggalkan untuk tujuan pembaikan.
"Barang kemas yang disita adalah tiga unit jongkong emas 999 yang setiap satu seberat satu kilogram (kg) yang nilai semasanya kira-kira RM1.8 juta.
"Turut disita sembilan keping emas yang setiap satunya seberat 100 gram (g) yang nilai semasanya adalah lebih setengah juta ringgit (lebih RM500,000) di samping SVR dianggarkan bernilai RM360,000 dan dipercayai dibeli secara tunai," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan sitaan berkenaan.
Menurut beliau, kes tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.
Berita berkaitan
January 10, 2026, 1:22 pm
'Tunggang agama' kutip duit berjuta masuk akaun peribadi, SPRM sahkan sedang pantau 3 NGO 'popular'
January 9, 2026, 6:34 pm
UMNO nafi terima surat peletakan jawatan Dr Akmal, Asyraf Wajdi tegur jangan ambil hati
January 9, 2026, 4:49 pm
Hanya 28% CCTV sekolah berfungsi, KPM akui isu keselamatan perlu tindakan segera
January 9, 2026, 3:56 pm
BAP akan disalur lebih awal mulai tahun depan – KPM
January 9, 2026, 2:53 pm
'Rakyat berhak rasa kecewa apabila pihak berkuasa salah guna kedudukan, berasuah' - Agong
January 9, 2026, 2:06 pm
KPM segera kaji keperluan kembalikan UPSR, PT3
January 9, 2026, 1:16 pm
DAP gesa AGC jelaskan keputusan NFA kes 47 pertuduhan babit Zahid Hamidi
January 9, 2026, 12:59 pm
Nahas ragut nyawa penuntut UniSZA: Pemandu Honda Jazz direman 4 hari
January 9, 2026, 10:34 am
