Berita Sukan
Pan-gon akui Selangor FC perlu kejar standard JDT demi Liga-M lebih kompetitif
KUALA LUMPUR 16 Jan - Pengendali Selangor FC (SFC), Kim Pan-gon mengakui skuad Gergasi Merah masih perlu bekerja keras untuk mengejar tahap tinggi yang ditetapkan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi memastikan saingan Liga Malaysia (Liga-M) menjadi lebih kompetitif dan sihat.
Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan itu berkata, realiti semasa menunjukkan Selangor masih ketinggalan jauh berbanding Harimau Selatan, namun usaha merapatkan jurang berkenaan perlu dilakukan secara berperingkat dan konsisten.
Menurutnya, pencapaian serta kedudukan JDT ketika ini wajar dihormati, malah Selangor juga perlu bersedia mempelajari sesuatu daripada kelab gergasi tersebut.
“Saya rasa kita perlu menghormati JDT di mana mereka berada sekarang. Kita perlu hormat keadaan dan pencapaian mereka.
“Kita perlu mengejar taraf mereka sedikit demi sedikit. Jika kita berada pada kedudukan yang lebih baik, liga akan menjadi lebih sihat dan kompetitif.
“Kita juga perlu mengakui bahawa kita masih jauh ketinggalan, jadi kita mesti terus mengejar dan belajar sesuatu daripada mereka,” katanya.
Terdahulu, SFC mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Negeri Sembilan 1-0 dalam aksi Liga Super di laman sendiri.
Kemenangan tersebut membolehkan Selangor melonjak ke tangga kedua Liga Super.
Pan-gon sebelum itu mencatat debut cemerlang bersama Selangor apabila membimbing pasukan itu membelasah DPMM FC 5-2 di gelanggang lawan pada Sabtu lalu.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
