TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dr Mahathir dilihat menikmati kopi selepas 22 hari dirawat di IJN

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 Jan – Selepas 22 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilihat menikmati kopi di sebuah pusat membeli-belah di Damansara, pagi ini.

Dr Mahathir yang mengenakan baju kemeja dan kain pelikat kelihatan duduk di atas kerusi roda serta ditemani beberapa pegawai dan pengiring keselamatan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff, kepada pemberita pada Selasa.

Menurut Sufi, Dr Mahathir masih menjalani rawatan di IJN selepas mengalami patah tulang di bahagian pinggul kanan akibat terjatuh di kediamannya awal bulan ini.

“Beliau belum dibenarkan pulang dan hanya keluar sebentar untuk menikmati kopi,” katanya.

Pada 6 Januari lalu, Dr Mahathir, 100, dikejarkan ke IJN selepas terjatuh di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor.

Beliau kini menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan dan dilaporkan menunjukkan perkembangan positif, namun proses pemulihan dijangka mengambil masa lebih panjang berikutan faktor usia.

+ - reset