Berita Berita
KPM pertimbang sekolah dua sesi tangani kesesakan murid bandar - PM
KUALA LUMPUR 27 Jan - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meneliti pelaksanaan sistem persekolahan dua sesi di beberapa sekolah bandar sebagai langkah segera mengatasi masalah kesesakan murid, khususnya melibatkan prasekolah dan Tahun Satu mulai tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu perlu bagi memastikan kualiti pendidikan terus terjamin walaupun berlaku peningkatan kemasukan murid di sekolah tertentu.
"Memang benar, ada sekolah di bandar mempunyai kepadatan murid sementara banyak sekolah desa, pedalaman kurang murid. Itu memang kenyataan.
"Bagi sekolah-sekolah yang dianggap sesak, KPM akan mengambil penyelesaian melaksanakan persekolahan dua sesi di beberapa sekolah yang mempunyai ramai murid tahun satu dan prasekolah bagi membolehkan pendidikan bermutu diberikan," katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) mengenai kesiapsiagaan sekolah yang mempunyai kepadatan murid yang dijangka bertambah selepas kemasukan murid prasekolah dan Tahun Satu pada usia lima dan enam tahun mulai tahun depan.
Menurut Anwar, kerajaan turut menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta bagi memenuhi keperluan pelaksanaan kemasukan murid enam tahun ke Tahun Satu, termasuk aspek kemudahan dan tenaga pengajar.
Berita berkaitan
January 27, 2026, 5:18 pm
RM10 juta geran bantu 5,000 pemilik tukar kenderaan lama, fokus jenama nasional - Anthony
January 27, 2026, 3:44 pm
RM34 juta wang scam berjaya diselamatkan, RM6.7 juta dipulangkan kepada mangsa - Saifuddin
January 27, 2026, 2:56 pm
Lawatan rasmi, misi perdagangan Perdana Menteri 2025 rekod jualan eksport RM45.4 bilion
January 27, 2026, 2:01 pm
Lelaki ditahan bantu siasatan cebisan al-Quran dikoyak di Kuching
January 27, 2026, 1:57 pm
Dr Mahathir dilihat menikmati kopi selepas 22 hari dirawat di IJN
January 27, 2026, 1:45 pm
Penduduk Bukit Tagar lega, tak perlu fikir pasal babi lagi
January 27, 2026, 1:43 pm
Chegubard dakwa akan dedah penyelewengan libat pimpinan kementerian dan pusat zakat
January 27, 2026, 1:34 pm
Dakwaan tapak surau dijadikan kuil di PJS4 tidak benar
January 27, 2026, 1:29 pm
