Berita Berita
SPRM tahan dua pegawai tertinggi JAS disyaki terlibat kes e-waste
KUALA LUMPUR 29 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah serta Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste).
Menurut sumber, kedua-dua pegawai kanan itu ditahan kira-kira jam 6.30 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
“Siasatan memberi tumpuan kepada dakwaan salah guna kuasa dan perbuatan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata sumber itu.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan siasatan dijalankan secara menyeluruh serta profesional mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Beliau menegaskan SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam perbuatan rasuah tanpa mengira kedudukan atau jawatan.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Berita berkaitan
January 29, 2026, 8:51 pm
Wan Ahmad Fayshal gesa Muhyiddin berundur sebagai Presiden Bersatu
January 29, 2026, 8:45 pm
Restoran di Teluk Intan guna kalimah al-Quran tanpa perakuan halal
January 29, 2026, 8:38 pm
Mahkamah Rayuan arah LHDN bayar balik RM15.67 juta kepada Petronas
January 29, 2026, 4:38 pm
Mahkamah Tinggi arah Chegubard, pempengaruh bayar RM550,000 kepada Farhash
January 29, 2026, 4:33 pm
Sekolah agama JAIS diselaras dengan dasar pendidikan kebangsaan
January 29, 2026, 4:21 pm
Kepercayaan rakyat terhadap ATM perlu dibina melalui integriti, bukan hanya slogan – Anwar
January 29, 2026, 3:15 pm
