Berita Berita
Pemandu terlelap, Toyota Vios rempuh pagar sekolah awal pagi
KUALA LUMPUR 5 Feb – Seorang lelaki hampir mencetuskan tragedi apabila kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan selepas terlelap sebelum merempuh tembok pagar sebuah sekolah di Jalan Kampung Pasir, dari arah Pantai Dalam ke Jalan Klang Lama, awal pagi Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi, lelaki berusia lingkungan 40-an itu difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seri Sentosa selepas berjumpa rakan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati pemandu kenderaan jenis Toyota Vios itu dipercayai terlelap ketika memandu.
“Akibat terlelap, kenderaan terbabit hilang kawalan lalu merempuh tembok pagar sebuah sekolah di lokasi kejadian.
“Kemalangan tersebut menyebabkan kerosakan pada pagar sekolah, namun tiada kecederaan dilaporkan melibatkan pemandu mahupun orang awam,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, pemandu berkenaan kemudiannya tampil ke balai polis bagi membuat laporan dan memberikan keterangan lanjut kepada pihak berkuasa.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sehubungan itu, orang awam atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
February 5, 2026, 9:36 pm
6 murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi, tiada arahan tutup sekolah setakat ini
February 5, 2026, 9:36 pm
Keselamatan makin tegang: Malaysia nasihat rakyat tangguh ke Iran, bersiap sedia pulang
February 5, 2026, 9:09 pm
Kenderaan berat dilarang berada atas lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina - JPJ
February 5, 2026, 9:08 pm
Legenda Sang Penyu pergi selamanya: Zulharisam Awang, wira Piala Malaysia 2001 meninggal dunia
February 5, 2026, 9:02 pm
Tragis, lelaki maut dipercayai terjatuh dari pokok petai
February 5, 2026, 8:53 pm
Polis beri amaran jangan sentuh isu 3R ketika Himpunan Anti Rumah Anutan Haram
February 5, 2026, 8:29 pm
Anwar yakin ekonomi negara terus kukuh jika reformasi dan integriti terus dipertahan
February 5, 2026, 8:15 pm
Satu sen tak sentuh, keluarga Altantuya pulangkan semula RM4.8 juta kepada kerajaan
February 5, 2026, 6:02 pm
