Berita Berita
Kenderaan berat dilarang berada atas lebuh raya sempena Tahun Baharu Cina - JPJ
KUALA LUMPUR 5 Feb - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan larangan pemanduan atau road ban terhadap kenderaan barangan dan berat sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 14 hingga 15 Februari serta 21 hingga 22 Februari ini.
Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pelaksanaan larangan itu bertujuan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya selain memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang musim perayaan.
Menurutnya, larangan pergerakan melibatkan tiga kategori kenderaan dengan tempoh sekatan berbeza, iaitu kategori 1 dikenakan larangan sepanjang hari, kategori 2 dari jam 8 pagi hingga 8 malam, manakala kategori 3 bermula jam 6 petang hingga 6 pagi.
“Kategori 1 membabitkan lori pembawa dan lori jongket dengan muatan melebihi 7,500 kilogram (kg), lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak serta jentera berat beroda, kecuali trak tunda dan traktor yang digunakan bagi tujuan kecemasan dan menyelamat.
“Antara kenderaan dalam kategori ini termasuk lori yang membawa simen, besi keluli, batu, pasir, tanah, bahan binaan lain, amang, bijih timah, arang batu serta bahan galian lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Aedy Fadly berkata, kategori 2 pula melibatkan lori kontena yang membawa barangan, kecuali kenderaan dari pelabuhan atau lapangan terbang yang menghantar barangan ke kawasan perindustrian dalam negeri.
“Kategori ini turut merangkumi lori membawa muatan kelapa, susu getah serta lori tanpa muatan,” katanya.
Menurutnya, kategori 3 membabitkan kenderaan pembinaan seperti kren bergerak dan lori pembancuh simen, namun pengecualian diberikan bagi kerja-kerja kecemasan.
“Sebarang kenderaan barangan atau jenis muatan yang tidak tersenarai dalam kategori ditetapkan adalah dibenarkan bergerak sepanjang tempoh larangan,” katanya.
Berita berkaitan
February 5, 2026, 9:36 pm
6 murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi, tiada arahan tutup sekolah setakat ini
February 5, 2026, 9:36 pm
Keselamatan makin tegang: Malaysia nasihat rakyat tangguh ke Iran, bersiap sedia pulang
February 5, 2026, 9:08 pm
Legenda Sang Penyu pergi selamanya: Zulharisam Awang, wira Piala Malaysia 2001 meninggal dunia
February 5, 2026, 9:02 pm
Tragis, lelaki maut dipercayai terjatuh dari pokok petai
February 5, 2026, 8:55 pm
Pemandu terlelap, Toyota Vios rempuh pagar sekolah awal pagi
February 5, 2026, 8:53 pm
Polis beri amaran jangan sentuh isu 3R ketika Himpunan Anti Rumah Anutan Haram
February 5, 2026, 8:29 pm
Anwar yakin ekonomi negara terus kukuh jika reformasi dan integriti terus dipertahan
February 5, 2026, 8:15 pm
Satu sen tak sentuh, keluarga Altantuya pulangkan semula RM4.8 juta kepada kerajaan
February 5, 2026, 6:02 pm
