Berita Berita
‘Muda terkubur di Kluang’ – Ketua Muda bawa 100 ahli sertai Pemuda UMNO
KLUANG 6 Feb – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di Kluang disifatkan sudah “terkubur sepenuhnya” apabila ketuanya, Shikh Mohd Farkhann, mengumumkan keluar parti bersama kira-kira 100 ahli sebelum menyertai Pemuda UMNO.
Menurut Shikh Mohd, keputusan itu dibuat selepas beliau menilai secara menyeluruh kedudukan serta hala tuju Muda yang disifatkan semakin kabur dan gagal bergerak secara bersendirian dalam landskap politik semasa.
“Secara realitinya, Muda di Kluang sudah terkubur. Dalam keadaan sekarang, parti ini berdepan cabaran besar untuk berdiri sendiri tanpa sokongan dan kekuatan sebenar,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Beliau berkata, persepsi pengundi khususnya dalam kalangan golongan muda semakin negatif terhadap Muda apabila parti itu dilihat tidak mempunyai pendirian serta hala tuju politik yang konsisten.
Tambahnya, ketiadaan aktiviti politik Muda Kluang sejak hampir setahun lalu juga menjadi petunjuk jelas kelemahan struktur dan keupayaan parti itu di peringkat akar umbi.
“Untuk membina kekuatan parti secara berdikari memerlukan tempoh yang sangat panjang, sumber kewangan yang besar serta sokongan akar umbi yang kukuh, sesuatu yang sukar dicapai dalam situasi sekarang,” katanya.
Menurut Shikh Mohd, usaha membina semula kekuatan sesebuah parti kecil boleh mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih, melalui fasa kekurangan sumber dan cabaran membina sokongan rakyat.
Bagaimanapun, beliau berpandangan Muda masih mempunyai peluang untuk bangkit sekiranya parti itu berani melakukan penjenamaan semula secara menyeluruh.
“Muda perlu tampil dengan misi dan visi yang jelas, termasuk fokus kepada pembangunan ekonomi, reformasi pendidikan serta peranan semak dan imbang yang rasional jika mahu meraih semula kepercayaan pengundi,” katanya.
Berita berkaitan
February 6, 2026, 9:59 pm
Bapa OKU sembilan anak didakwa 3 pertuduhan amang seksual anak perempuan bawah umur
February 6, 2026, 5:35 pm
Polis tumpas sindiket dadah laluan Kelantan–Lembah Klang, rampasan dadah bernilai RM13.25 juta
February 6, 2026, 5:20 pm
'Jangan ikut tabiat PAS, semua dia lakukan halal, bila orang lain buat dianggap haram’ – Nga Kor Ming
February 6, 2026, 5:13 pm
Nik Nazmi sindir Takiyuddin ‘guna ilmu kasyaf’ isu pilihan raya Datuk Bandar KL
February 6, 2026, 5:08 pm
Polis sahkan MPV guna siren di lebuh raya ada kelulusan JPJ bagi urusan rasmi kementerian
February 6, 2026, 5:03 pm
Pengerusi IJM ditahan SPRM, siasatan babit tadbir urus dan aset luar negara RM2.5 bilion
February 6, 2026, 3:13 pm
