Berita Politik
“Nak pecat, pecat betul-betul” – Wan Fayhsal cabar Bersatu berhenti berdrama isu Hamzah
KUALA LUMPUR 9 Feb – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencabar kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya membuat keputusan segera sekiranya benar mahu memecat Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Wan Fayhsal, yang kini digantung keahlian Bersatu selama sepenggal, menegaskan kepimpinan parti tidak perlu terus bermain persepsi di media, sebaliknya perlu bertindak tegas dan berterus terang.
“Tiga tahun lamanya kamu bacul nak pecat Datuk Seri Hamzah Zainudin. Nak pecat, pecat betul-betul. Jangan baling batu sembunyi tangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, Isnin.
Beliau berkata, sekiranya tindakan tegas itu adalah harga yang perlu dibayar demi mempertahankan prinsip perjuangan agama, bangsa dan tanah air dalam Bersatu serta Perikatan Nasional (PN), beliau tidak gentar menghadapinya.
“Kalau ini harga yang kami perlu bayar dalam melakukan amar ma’ruf nahi mungkar demi menyelamatkan rukun perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA) dalam Bersatu dan PN, silakan,” katanya.
Dalam kenyataan sama, Wan Fayhsal turut mendakwa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini hanya dikelilingi individu yang disifatkannya sebagai ‘kaki ampu dan pembodek’.
“Mana pergi maruah? Mana ada maruah kalau dah kena pegang dengan puak Madani,” dakwanya lagi.
Sebelum ini, spekulasi mengenai pemecatan Hamzah yang juga Ketua Pembangkang semakin memuncak apabila beliau dijadualkan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Bersatu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti itu, termasuk dakwaan serangan terhadap Muhyiddin.
Hamzah dijadualkan memberi keterangan pada 12 tengah hari Khamis ini di Ibu Pejabat Bersatu.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 10:05 am
BERSAMA bukan parti 'orang merajuk', 75% ahli tiada kaitan dengan PKR — Rafizi
June 12, 2026, 9:50 am
Bukan sekadar tulang belakang, Wanita UMNO perlu jadi wajah dan suara parti
June 12, 2026, 9:41 am
Tiada keperluan mesyuarat, Pemuda PH-BN tak pernah bersua sejak 2022
June 9, 2026, 3:06 pm
Isu Pas-Bersatu: Tun Faisal bidas Ahmad Fadhli, Afnan Hamimi; selar sikap hipokrit
June 8, 2026, 11:55 pm
PAS putus kerjasama politik dengan BERSATU berkuat kuasa serta-merta
June 8, 2026, 12:23 pm
400 pegawai kanan kerajaan sertai Bersama, umum tanding PRN Melaka Ogos ini - Rafizi
June 8, 2026, 12:00 pm
Onn Hafiz tegas BN Johor bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan DAP
June 7, 2026, 11:58 pm
